Hari ke 5 jemaah bergerak ke Mekah. Kami seramai 4 orang daripada 21 yang lain memilih menaiki keretepi laju. Yang lain menaiki bas kerana bersama mereka ada jemaah lanjut usia.
Jemaah diminta terus berpakaian ihram dan berniat umrah sebaik menaiki tren kerana hanya selang beberapa minit akan melintasi miqat.
Teruja mengetahui kelajuan maksima tren ini...Maksima direkodkan adalah 300km sejam., Pada kelajuan ini bergegar tren., Berdasarkan pengamatan gegaran disebabkan trek, kerana di sesetengah tempat gegaran tidak begitu terasa.
2 jam setengah tiba di Mekah. Segera check in dihotel. Urusan check in mengambil masa agak lewat kerana mutawif terpaksa menguruskan check in untuk jemaah yang menaiki bas juga.
Tanpa menunggu jemaah yang menaiki bas kami menyelesaikan umrah dulu. Jemaah menaiki bas tiba sekitar 12 mlm sedangkan kami lebihkurang maghrib telah tiba.
Berbeza dengan umrah diluar musim covid, hanya jemaah mengerjakan umrah dibenarkan bertawaf di dataran kaabah.
Kehadiran jemaah yang tidak ramai, urusan tawaf 7 pusingan mengambil masa yang singkat. Untuk yang berkerusi roda pula boleh bertawaf di dataran kaabah khas paling hampir dengan kaabah.
Sesudah itu boleh terus mengerjakan saei.
Kemudaahan bersaei menggunakan skuter dikhaskan di tingkat 2 dan tingkat bawah.
Tingkat satu dan tingkat bawah pula untuk mereka yg menggunakan kerusi roda maupun berjalan kaki.
Setelah bertahalul selesai sudah urusan umrah.
Sesekat yang ditempatkan di dataran. Pagar hanya dibuka setelah bahagian dalam dipenuhi...Jika tidak ramai jemaah yang bersolat di luar masjid daripada memenuhi ruangan kosong di dalam masjid.
Ini antara perbezaan ketara sejak kunjungan terdahulu. Menara mega dibina di kawasan masjid yang diperbesarkan. Penambahbaikan masjid tak pasti sehingga bila, rasanya dulu pun macam ini, aktiviti pembinaan sentiasa dijalankan.
Kerja pembinaan masih terus dilakukan di tingkat satu dan bumbung sehingga menghalang pemandangan kaabah.
Musim covid berpeluanglah menduduki hotel berhampiran masjid.. Bila jemaah semakin ramai nanti, setelah kebenaran pelbagai negara dibuka, harga yang ditawarkan pastinya bertambah mahal.
Apalagi rebutlah peluang ke sana...
No comments:
Post a Comment