Berbekam banyak manfaatnya. Ibarat sepohon pokok yang dicantas pucuk, tunas-tunas baru akan tumbuh semula, begitulah dengan berbekam, apabila darah lama disedut, darah baru akan dirangsang untuk dihasilkan. Sisa toksik turut akan dinyahkan dari tubuh.
Penulis dah lama bercadang berbekam secara berkala, cuma bimbang kaedah berbekam yang tidak hyginic, hasrat itu terpendam begitu saja. Kebetulan bertemu dengan anak muda yang membuat bekam sepenuh masa dan yakin dengan kebersihan peralatan yang digunakan. Selepas ini boleh lah kerap berbekam.
Badan diurut terlebih dulu untuk melancarkan edaran darah dikawasan yang ingin dibekam, setelah itu bekam angin dimulakan, apabila kulit mulai kebas barulah ditusuk dengan jarum, biarpun banyak tusukan jarum tetapi kesakitan tidak begitu terasa..
Dibahagian kepala darah disedut menggunakan vacum elektrik. Terasa darah disedut keluar.
Macam kereta terasa ringan sesudah keluar dari pusat servis begitulah badan terasa ringan sesudah berbekam.
17 cup rm100, kira oklah tu kita servis badan setiap 3 bulan.
Teringin juga berbekam tapi takut! Harap-harap satu hari nanti nak cuba juga. Untuk kesihatan diri juga kan.
ReplyDeleteElok memberanikan diri ckg..hehe
Delete