Bertuah kita rakyat Malaysia, segalanya ada lagi cantik...Mereka yang suka meronda segalanya ada disini..Pulau, gunung, pantai dll. Teringin mandi manda laut tuju ke pantai, inginkan pemandangan menakjubkan dasar laut pergi ke pulau, pemandangan tanah tinggi, air terjun dan dingin tuju ke pergunungan...tiada yang kurang .
Kos sara hidup pula taklah begitu tinggi, rezeki melimpah ruah asalkan sanggup berusaha lebih sedikit. Bumi pula subur, campak benih insya Allah mengeluarkan hasil. Pantang cuti umum sesak manusia dimana-mana. Lebuhraya disegenap arah banyak kenderaan.
Khamis lepas kami meronda ke Genting Highland, dah lama tak merasai kedinginan puncak genting, kebetulan hari itu ada LTDL, hah sedang elok lah. Sengaja mengelak datang hujung minggu Sabtu dan Ahad untuk mengelak kesesakan ..Ermm rupanya di puncak orang tetap ramai. Bertanyakan pengunjung, ada yang datang dari Sarawak, Johor, Singapura, Indonesia dll, Lepas pandemik ramai yang membalas dendam berjalan...
Paling mudah untuk ke puncak menaiki kereta kabel, cuma bila datang ramai lebih menjimatkan membawa kenderaan sendiri. Tiket pergi balik dari stesen Awana ke puncak genting Rm36 seorang, parking jam pertama Rm3 di Genting Premium Outlet. Untuk 24 jam parking, kami dikenakan bayaran Rm27.
Taman tema luar sebahagian besar telah dibuka. Kunjungan kami terdahulu taman tema luar sedang dalam pembinaan.
Hasrat menyaksikan Ltdl tidak kesampaian, disamping hujan lebat, tak sanggup melilau mencari jalan keluar ke lokasi penamat Ltdl. Melepak dalam bilik sudahnya..
Diatas sekadar menjamu mata melihat gelagat orang ramai, ingin mencuba permainan indoor maupun outdoor zaman itu sudah berlalu. Jadi pusing-pusing sekadarnya, makan-makan kemudian melepak dalam bilik lagi.
Bermalam di First World Hotel, hotel yang diktiraf Guiness Book of Record sebagai hotel terbesar dunia dengan memiliki lebih 7000 bilik. Membeli bilik melalui ulat- ulat bilik, ramai berlegar dilobi, malas beratur berurusan dikaunter. Mungkin sedikit mahal tapi pantas. Bilik tanpa pemandangan cantik Rm200
Dengan berbekalkan semangat LGT boleh membina empayar dipuncak gunung pada ketinggian lebih 1200 m, iayanya sangat memberi inspirasi kepada penulis untuk mengusahakan kebun bukit yang serba kekurangan dengan lebih gigih lagi.
Huhu pondok kebun sikit lagi nak siap...Semangatt
No comments:
Post a Comment