Ingin berjogging, diluar gerimis, capai kunci kereta jjcm.
Seawal 7.00 pagi bergerak ke Kuala Selangor, tiada destinasi spesifik, berhenti mengikut gerak hati. Berkesudahan bersarapan di kedai mamak berdekatan dengan jeti Skymirror Kuala Selangor.
Sejak keluar rumah tadi jenuh memikir halatuju jjcm harini, sambil jjcm, meronda tempat- tempat yang dirasakan menarik di Sekinchan, melalui jalan- jalan bukan kebiasaan, melalui laluan taliair, sawah -sawah dsb, saja mencuci mata dari kebiasaan.
Malam sebelum itu secara kebetulan mendengar bual bicara mengenai MSekin Wonderland di FB, Taman tema persendirian di Sekinchan yang disasarkan untuk orang kebanyakan. Pengunjung taman tema hanya dikenakan bayaran RM30 untuk dewasa dan 25 kanak kanak bermandi-manda sehingga puas seharian. Dah alang-alang meronda sana singgah disitu, hasrat makan direstoran, tidak kesampaian kerana iayanya dikhususkan untuk penginap resort. Resort dengan kapasiti 150 bilik tidak dapat menampung permintaan, khabarnya hotel 3 bintang dengan kapasiti 300 bilik bakal dibina disana .
Pantai bersih tanpa sampah hanya tinggal slogan dipapantanda. Kerajaan negeri dan PBT perlu memainkan peranan mengatasi masalah ini.
Jjcm berakhir dengan makan tenghari di Warong Ibu Tanjong Karang, warong yang pernah viral dulu, orang ramai tetap beratur panjang untuk menikmati nasi ambeng. Menu jawa yang telah dikomersilkan menepati citarasa orangramai, hargapun taklah mahal sekitar rm18 makan berdua.
No comments:
Post a Comment