Seronoknya naik kembara, kenderaan kecik tapi berkuasa. Tak banyak kenderaan kecil yang ada 4wd
Boleh angkut macam- macam melalui laluan sukar ke kebun.
Jasa Kembara dapat menyiapkan lantai pondok. Pondok konsep terbuka dah 95 peratus siap. Berbaki siapkan pagar, tangga, salur air hujan dan beberapa kemasan kecil lain. Aras bawah boleh untuk ngopi- ngopi, aras atas untuk tidur atau mengendap babi.
Walaupun berada di pinggiran puncak, tapi boleh melihat sebahagian besar kebun. Kalau dapat dipuncak lagi bagus, pemandangan luas dan dapat merasai sepoi- sepoi angin, cuma dipuncak agak terbuka dan berbahang sebab tiada pokok rimbun besar.
Semasa balik dari kebun, Kembara semakin teruk, 3,4 kali berhenti untuk mengisi air radiator yang hilang. Besar kebocoran.
Tak mau mengambil risiko panggil tow truck insuran. Rasanya ini tindakan akhir membaiki Kembara.. Jika terjadi masalah lagi, rasanya kena juga menukar enjin seketul. Huhu..
No comments:
Post a Comment