Ketika memandu di jalanraya, terpandang anak kucing di kesamaran malam, betul-betul di tengah laluan sibuk . Mujur ketika itu lampu isyarat bertukar kepada merah jadi pengguna memperlahankan kenderaan. Penulis pun nyaris terlanggar, dan terpaksa berhati hati supaya kucing kekal berada diantara tayar kanan dan kiri. Tidak sedap hati, berpusing semula sesudah lampu isyarat, ternyata anak kucing masih selamat terbaring dicelah-celah kenderaan yang banyak..
Berjaya menyelamatkan anak kucing, namun disepanjang perjalanan memikirkan bagaimana untuk meneruskan kelangsungan hidup anak kucing ini.
Penulis memang fobia dengan kucing..tak tahan dengan kucing gelandangan silih berganti melepaskan hajat dihalaman rumah, ini ditambah dengan kucing pungut pula..fuh dilema .
Ketika singgah solat isya, didapati kucing hilang dari lantai kereta penumpang, puas mencari disegenap sudut termasuk ruangan enjin, bawah kerusi, bonet belakang, namun tidak diketemui. Kereta tertutup rapat tak mungkin kucing berjaya nenyelinap keluar..Misteri sungguh. Jangan jangan ini kucing jadian..Tiada pula kedengaran suara meow kerana anak kucing tadi tersangat lemah...
Terdetik juga jika benar ghaib begitu saja setidaknya terselamat dari dari terus membela..kita manalah tau membela anak kucing ..nak memutingkan susu lagi..menyuap makanan..arghh leceh
Bertanya rakan- rakan yang biasa dengan kucing untuk sebarang kemungkinan. Berpandukan saranan mereka rupanya anak kucing menyorok diruangan sempit bawah dashboard...
Anak kucing nampaknya berselera makan dan minum..
Alhamdulillah, masih panjang umur ko cingg..
siannya nasib tak kena langgar
ReplyDelete