Buah katak, kangkung, kunyit, asam keping dan tiada digambar pucuk ubi..
Hasil dari kebun tumpang adalah kunyit, kangkung dan pucuk ubi..Musim hujan pucuk ubi dan kangkung semakin galak tumbuh, tak termakan sendirian, maka di petik untuk dibagi kepada jiran , sesudah dituai dicantas untuk tumbuh pucuk muda lagi...
Halia pula ditanam didalam tayar, diluaran nampak macam tak sihat, rupanya bila dikorek hasil sangat memberangsangkan, kutip hanya sebahagian bila perlu saja.
Berkobar kobar untuk menanam pokok halia. Memang tak patut keperluan asas begini terpaksa membeli dikedai.
Sudah menjadi rezeki tak sempat hasil tuaian berpindah tangan, hampir serentak 2 jiran bertandang, menghulur buah katak manakala seorang lagi memberi 2 balang asam keping..
Argh sedang elok, kita bertukar-tukar hasil tuaian..
Pokok Katak jiran, sekarang sedang galak berbuah
Anak pokok katak bercambah, bersebelahan dengan pokok induk tanah berjiran.
Rupa buah katak yang hampir matang...Apabila masak rasa seakan jambu bol, tekstur lembut masam-masam manis cuma lebih kelat .
Ini pula pokok Melur di Rumah Istirehat Serendah...Di sini tanah luas suku ekar, cuma tak mahu menanam banyak pokok tumbuhan, cukup hanya pokok pandan, pokok kari, pokok katak dan 3 pokok bunga wangi Melor dan Jasmine..Pokok bunga lebih mudah diurus, hasil cantasan tak banyak boleh dilupuskan di kebun bukit..
Alhamdulillah rezeki di kongsi bersama.
ReplyDeletetengok dari dalam pun, rumah nya cantik..mesti rumah tinggi nie kan
ReplyDeletePokok katak puru atau nam-nam
ReplyDelete