Dalam kehidupan bersosial, kita kena tahu mengukur baju di badan sendiri. Betul lah kata enggang sama enggang, pipit sama pipit...Selalunya enggang boleh bergaul dengan pipit tapi susah bagi pipit mengikuti rentak enggang...Pasti akan terbit rasa rendah diri..ini lumrah, dalam berpasangan pun disarankan mencari pasangan yang sekufu atau sama taraf.
Dalam beraktiviti melayan minat sekalipun tak dapat lari dari berkasta, jadi hati kena kental, telinga kena tebal.
Berbasikal, bermotor, kereta, bercamping dll pasti akan ada simtom ini...Kasihan jika tak tau mencari rakan sekufu...samada terpaksa berhabis mengikut rentak enggang, makan hati atau terus hilang minat dan berhenti.
'Basikal ko ni berat ada 40 kilo..?'
Hehe sekadar contoh usikan rakan- rakan jika kita bermain basikal...Kena pula yang mengusik itu memang enggang yang dikenali., biarpun sekadar mengusik tapi usikan itu pasti terngiang giang dan mulalah mencari basikal ringan...
Dalam berCampercar kita dah tau kemampuan cuma setakat kenderaan yang diubahsuai sendiri, memang mencari penyakit jika cuba bergaul dengan mereka yang bermotorhome harga puluhan apatah lagi ratusan ribu. Padahal kalau nak diikutkan kemampuan kenderaan, yang canggih tak semestinya padu...Kadang-kadang yang simple/ diubahsuai lebih memberi kepuasan dalam pelbagai situasi..dalam bandar boleh, ke hutan steady...
Paling penting kriteria utama mengembara mesti dipenuhi. Tempat tidur wajib selesa, keperluan lain seperti tandas boleh menggunakan tandas awam atau tandas mudah alih..memasak boleh diluar..
Penulis berpengalaman bermotor berminggu di negara orang samada menggunakan motor berCC besar atau kapcai ermm ternyata semasa mengembara dengan kapchai jauh lebih enjoy...tapi cuba lah kita kapchai bergaul dengan mereka yang berCC besar..gerenti pedih telinga...
Jadi enggang biarkan bersama enggang, pipit bersama pipit..
No comments:
Post a Comment