click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, June 6, 2011

Keberanian atau kebodohan...



Aku post entry ini dari Hat Yai...setelah melawat anak aku di Kolej Mara Kuala Nerang., terus bawak anak beranak masuk Siam...nak sangat tengok Siam...tengoklah sendiri apa yang ada...

Masih lagi di daerah Acheh...Hari ke 4



Semasa sarapan di sini ada 3 orang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 9-11 tahun yang dari tadi perhati kami...kami cakap marilah minum dan ambil gambar....dah lama tu dia bersuara..."Bapak dari Malaysia, kenal Manohara...?"  ha ha...

Beginilah keadaan jalan di tanah tinggi sering berlaku tanah gelongsoran...
Mengisi minyak di pekan Gelombang...
Kalau di Indon gratis tu percuma....,
Kami disepadan Acheh dan Sumatera Utara...Nak tau dah masuk Sumatera utara ke belum tengok keadaan jalan..kalau dah banyak lubang tu sudah masuk lah...

Masuk saja sepadan disambut dengan hujan lebat ..kuyup kami, tapi teruskan juga ride...berhenti ni pun nak isi minyak. ..menurut tuan punya kedai perlu 3jam meredah kawasan hutan pergunungan sebelum sampai lagi ke kawasan berpenempatan di Sidikalang...
Dah tak tahan sejuk singgah solat dan tukar pakaian yang basah..., masjid ni betul-betul berjiran dengan gereja...

Banyak papan tanda 'Door smeer, Tambal ban" di sepanjang laluan..rupanya door smeer tu cuci/kilat kenderaan dan tambal ban tu tampal tayar...oowhh....patut la masa di airport ada budak tanya..."sepatunya mau di smeer pak.." nak bagi kilat rupanya...

Dah banyak kali kami ride, dah banyak kali kami ditunjukkan tragedi buruk bila ambil risiko ride diwaktu malam ni..tetapi kekadang tu kita tak mau mengambil iktibar peristiwa lampau...Dulu rim skuter aku patah terjun lubang di Sedili Johor adalah diwaktu malam, Kawan aku eksiden dagu koyak sampai kena 12 jahitan, langgar batu semasa menuju ke sepadan Laos juga diwaktu malam...Kami tersesat di Bangkok sampai berpuak-puak diantara kami, juga di waktu malam. Dan ride kali ini emosi kami betul-betul terganggu gara-gara tak nak dengar cakap budak hotel petang tu dan berkeras jugak sambung ride walaupun tahu petang menghampiri malam...Sampai satu tahap tu kami membangangkan diri bila perasaan dah tak tertahan...tempat yang dituju tak sampai-sampai...

Inilah sektor paling mencabar ride kami kali ini.antara Subus Salam(Acheh)- Danau Toba(Sumatera Utara)
Pukul 5 ptg kami dah sampai ke hotel dipinggiran hutan pergunungan setelah lebih tiga jam ride dalam hujan lebat dalam hutan tebal..sesekali saja bertembong dengan kenderaan lain.. Jalan dipergunungan ni dahlah sangat teruk, banyak lubang dan dipenuhi air hujan. Kalau dipertemuan dua bukit tu air menengelamkan jalan...terpaksa pulas minyak kuat dengan gear rendah takut-takut enjin padam dalam air...Aliran air hujan dipergunungan sangat deras menghakis cerun sehinggakan tanah hakisan memenuhi sebahagian besar laluan.
jadi bila dapat keluar dan sampai pulak dihotel sepatutnya kami berhenti dan bermalam saja di sini...tapi itulah  degill..! Setelah tukar baju basah di masjid sambung semula ride. Bila lalu depan bengkel ni tayar Ar Mastor terus lepek. Barangkali sebab langgar banyak lobang masa ride di hutan tadi...mujur terjadi disini.. Selesai tukar tayar dah pukul 7 malam. Tanya pemilik bengkel dibagitau kalau nak ke Danau Toba mengambil masa 3jam lebih lagi...nak berhenti di sini pun mana ada hotel. hotel tadi kami kena berpatah balik...jadi teruskanlah juga walaupun dah beransur gelap ..

Dari bengkel ke simpang untuk Danau Toba mengambil masa 2jam lebih. Jalan sempit.dan teramat sunyi .. Kalau bersimpang dengan kenderaan besar kena perlahankan motor. Kawasan disini majoriti dari etnik Batak beragama kristian... gereja sangatlah banyak...kalau masjid boleh juga kami singgah untuk bermalam... bila sampai pekan kecil Tele, kami ditunjuk arah ke Perguruan sebuah  pekan di Danau Toba...mujur kami tanya ..."Belok kiri pak ..22km lagi..." hati-hati ya..."

Aku tak sangka ingatan 'hati-hati ya' tu mempunyai maksud tersirat yang amat dalam...Sepanjang 22km tu jalan menurun gunung berlingkar-lingkar. Beberapa kali aku termasuk alur air tepi jalan atau terlangar batu-batu gunung sebesar 2 penumbuk yang terjatuh atas jalan raya kerana masa tu hujan..doa kami janganlah tayar kami buat hal...jalan yang tak berturap pun ada...! Aku pun tak taulah nak gambarkan bagaimana sengsaranya kami ketika tu..motor boleh bawak 0-20km sejam saja...

Memang mamat yang kami tanya tadi tak tipu... selepas sejam lebih baru kami sampai di Danau Toba. Pukul 10 malam lebih..Giiila..! Aku pun tak taulah kat mana speselnya Danau Toba nih...
Inilah bilik super vvip kami harga 190000 di Danau Toba. Kami ikut jalan belakang bukan kawasan tumpuan pelancong barangkali..aku pun tak tau bench mark mana dia guna untuk klasifikasikan bintang hotel mereka...super vvip tuu..!

3 comments:

  1. Jiwa bikers yang kental saja yang mampu mengharungi kesusahan sebegini..

    Sebab tu kadang-kadang saya dok pesan kat orang.. kalau dengan hujan pun takut.. baik jangan jadi bikers.. hehehe..

    Tapi saya salute dengan Kang yang mampu mengharungi segalanya..

    Great experience.. priceless.. :salute: :thumbup:

    ReplyDelete
  2. sebenarnya takdalah teruk sgt kalau ride siang..sebab malam dan kepenatan itu yang meracau sorang2 sorang he he..

    ReplyDelete
  3. Well done bro!
    nengokkan ride bro ni buat saya iri hati.. nak jugak saya ikut jejak tayar bro satu hari nanti!

    Rafi
    Melaka Bikers

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK