click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, June 8, 2011

Ride Sumatera hari ke 5- berakhirnya cabaran...

Inilah pemandangan sebahagian Pekan Pergururan di Pulau Samosir, Danau Toba...
Antara tinggalan senibina etnik batak...

Jangan terkejut kalau tiba-tiba je ada anak babi peliharaan muncul...
Patut pun malam sebelumnya kami hanya boleh bawak 0-20km/jam ... macam ni rupanya. ride siang pun seksa...
Perjalanan menuju semula ke Pekan Tele. Satu-satunya jalan darat ke Danau Toba...
Tiba di Pekan Dolok Sanggol, ketatkan rantai motor aku yang longgar dan sprocket dinasihatkan supaya ditukar dalam waktu terdekat...ok-ok bila jumpa pekan besar nanti kena beli set rantai baru la...
Ini lah rupa sebahagian besar jalan antara Dolok Sanggol dan Barus...laluan paling teruk hari ke 5...kena beri penghormatan kepada peneroka awal kawasan ini...dalam sunyi-sunyi hutan belantara, tiba-tiba jumpa perkampongan... sepanjang perjalanan terdapat banyak perkampongan kecil seperti ini..
Apabila pelebaran jalan ini telah siap kelak, aku rasa semakin banyak kenderaan akan lalui jalan ini...jangan terperanjat lori, van sarat penumpang pun guna jalan ini sekarang...bila bersimpang berhenti betul-betul tepi gaung...
Dalam cuaca baik pun hati berderau..bayangkan kalau lalu dalam hujan lebat,...Aliran deras air gunung bisa menghanyutkan jambatan sementara ini paak..!

Meninggalkan Sibolga.. perjalanan dari Barus ke Sibolga tadi melalui 70 peratus jalan rosak sebelum memasuki jalan utama ini. Jalan yang kami lalu selepas ini merupakan jalan utama menghubungkan Medan dan Padang...

Sewaktu ini dalam perjalanan dari Sibolga ke Sidempuan...masa ni kami dah tak risau .., jalan pun dah ok,  kenderaan banyak...sepanjang jalan dipenuhi penempatan...disini antara lokasi kami berhenti sebentar menikmati pemandangan...dari atas jambatan ni anak-anak riang terjun berkubang...ditebing sungai ibu-ibu membasuh pakaian dan pinggan mangkok...dan dicelah-celah semak gigi air ada insan berselubung melepaskan hajat...! he he..meriah sungguh sausana ...

Hari ke 5 merentasi pekan-pekan/bandar berikut... Pergururan(Danau Toba}-Tele-Dolok Sanggol- Barus-Sibolga- PadangSidiempuan. Route kedua mencabar selepas route hari ke 4. Kalau diukur kepayahan fizikal sebenarnya route ini paling mencabar sebab keadaan jalan adalah jauh lebih teruk berbanding  route sebelum ini. , tetapi disebabkan perjalanan adalah diwaktu pagi dan cuaca sangat baik...mental pun dapat menerima situasi ini dengan bersahaja. Aku tak dapat bayangkan macamana kalau kami terlajak lalu jalan ini di waktu malam...berebut laluan dengan  Harimau Sumatera barangkali...he he..sedangkan orang tempatan sendiri pun cuba mengelak dari menggunakan jalan ini... ada bagus juga kita tidak ada maklumat pasal sesatu jalan,. kalau terlalu arif kita tak akan merasai pengalaman baru....

Kami tiba di Padang Sidiempuan sebelum magrib dan bermalam di hotel merdeka...


4 comments:

  1. great experiences.. :thumbup:..

    ReplyDelete
  2. ha.ha...takda kerja cari kerja brader..!

    ReplyDelete
  3. Tu yang seronok dan nikmatnya.. tak semua orang dapat rasa nikmatnya..

    ReplyDelete
  4. ThumbUp Boss..membuktikan bukan dengan superbike jer boleh jalan jauh..yg penting keinginan musti ada..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK