click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, December 10, 2011

Anak Muda Gigih 2





Sambil-sambil aku tunggu bini aku berurusan di bank, aku melepak tepi longkang sambil perhati anak muda gigih ini berniaga dengan lori kotak. Pada aku usaha ini patut dipuji, biar mereka merasai pahit manis berniaga bermula dari bawah. Kebiasaannya usahawan yang bermula dari bawah mempunyai daya tahan yang tinggi mengharungi cabaran berbanding usahawan bidan terjun. Disamping itu usahawan muda sentiasa mempunyai idea-idea baru berbanding usahawan vateran yang kekadang dah malas untuk meneroka cabaran baru kerana merasakan apa yang diperolehi sudah mencukupi memenuhi keperluan hidup yang berbaki entah berapa hari saja lagi...

Pernah aku terbaca seorang usahawan yang bermula berniaga dipasar-pasar malam memasarkan produk keropok lekor orang lain, tetapi kini memiliki kilang sendiri kerana produk yang diperolehi dari pembekal jauh dari mencukupi untuk memenuhi permintaan sehingga mencetuskan idea membuka kilang sendiri. Aku yakin usahawan ini pasti telah lama membina asas bisnes sebelum menerokai bidang baru mengeluarkan produk sendiri. Kalau bermula diusia yang lewat, aku ingat kudrat minda dan fizikal pun dah tak larat untuk meneroka bidang baru. Bermula dengan keropok lekor kini pelbagai produk berasaskan ikan lain turut dikeluarkan dikilangnya sehingga  boleh dieksport ke luar negara.

Semakin tingginya bangunan, maka akan semakin dalamlah asas bangunan. Begitulah keperluan utama untuk membina bangunan yang kukuh lagi selamat. Pada aku teori yang sama mesti diguna pakai dalam bisnes.


1 comment:

  1. Dari pengamatan mata saya, kebanyakan teman saya yang berjaya dalam bisnes biasanya bermula dari kejatuhan. Bermula dari bawah dan kemudiannnya berjaya. Betul seperti kata Kang, daya tahan diri mereka pastinya kental..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK