click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, December 3, 2011

Lebih cekap dengan teknologi ..?

Lebih cekap pun betul, makin bengap pun betul. Lebih cekap sebab tugasan mengingat  sudah boleh diserah  pada teknologi., sebahagian memori diotak dah tak perlu berkerja keras untuk mengingat sesuatu.. klik butang sudah boleh tersenarai memori yang perlu diingati semula. Yang jadi masalah apabila terjadi sesuatu tak diingini pada alat teknologi tersebut...kita jadi bengap.., Tahap paling bengap..! Kalau dulu kita berusaha untuk mengingati nombor talifon dan nama, tapi kini tidak lagi bila handphone sudah boleh mengambil tugas itu...tertinggal handphone atau habis bateri alamat bertambah-tambah lah bengap kita.

Dulu bila mencari destinasi, kita mudah ingat untuk kembali ketempat yang sama., mudah ingat sebab untuk tiba ke destinasi pertama kali , mungkin sudah berpusing-pusing sepanjang perjalanan tersebut sebab tersesat. Bila tersesat akan menambahkan daya ingatan mengecam persekitaran untuk digunakan sebagai panduarah  kunjungan berikutnya. Teknologi telah mengubah segalanya kini. Alat GPS dah  mengambil tempat sebagai jurupandu, maka kita dah tak ambil kesah untuk mengenalpasti mercu tanda (landmark) destinasi. Kita ikuut saja saranan jurupandu robot tanpa banyak soal. Kita pun terikut-ikut jadi macam robot tak mampu berfikir secara kritikal. Bila alat ini gagal berfungsi atau tersilap memasukkan maklumat/kordinat., maka tak akan tiba tempat yang dituju. Bayangkan bila berjanji dengan seseorang yang hanya mahir menggunakan alat GPS. Jenuh menunggu sebab tempat yang ditunggu berbeza dengan tempat yang dituju.

Inilah yang terjadi kat aku semalam. Kita tunggu di JKR Hulu Langat Bangi, tapi orang tu tuju ke JKR Hulu Langat, Kajang. Kata kunci 'JKR Hulu Langat ' yang sama, tapi lokasi berbeza. Dahlah semalam Pekan Kajang banjir kilat...Bertambah lambat lah dia sampai ke JKR Hulu Langat, Bangi. Masa  pergi sebelah pagi padahal dia juga yang tolong hantar dengan bantuan alat GPS nilah. Kunjungan kedua menggunakan teknologi yang sama, kata kunci yang sama, tapi sampai ditempat berbeza...!

GRRRR...!

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK