Tarikh 11/10/2012
Lokasi Bukit Frazer, Raub Pahang..
Khamis, menghadiri taklimat tender baikpulih jalan/cerun di Raub Pahang. Taklimat diadakan di Pejabat Jurutera Daerah JKR Raub. Seawal 7 pagi aku bergerak kesana.
Dimaklumkan lokasi kejadian adalah di Bukit Frazer...Dari Raub ke Bukit Frazer akan melalui Sg Koyan. Mat-mat motor selalu sebut layan konar di sana...Cuba ..Try..Test...! apa seronoknya laluan Sg Koyan itu...
Beginilah keadaan jalan yang runtuh dan ditutup kepada semua kenderaan awam ..
Dalam perjalanan balik melalui Kuala Kubu Bharu...Pasti tidak akan terlepas pandang pemandangan Empangan Sg Selangor Kuala Kubu Bharu..Ride terdahulu memang aku teringin mengambil gambar empangan yang semakin kosong, disebabkan ride bersama rider lain malaslah nak berhenti.. Rupanya dalam minggu yang sama akhbar Utusan Malaysia telah memaparkan gambar empangan tersebut... Nayalah orang Selangor yang tinggal di sebelah Rawang dan kawasan liputan lain ditakdirkan hujan tak turun berpanjangan...
Kerajaan Negeri Selangor cakap nak buat pembenihan awan...ini langkah jangka pendek...apa langkah jangka panjang..? takkan tiap kali empangan kering asyik ambil langkah kecemasan ..sedangkan keperluan air semakin meningkat...Rakyat akan menanggong akibat jika masalah air turut dipolitikkan...
Pelik...jika negara beriklim tropika terpaksa bercatu air...!
No comments:
Post a Comment