click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, November 20, 2012

Jom Monggolia- Kenangan Aidil Adha di Huehot

Allahuakbar..! Allahuakhbar.! Allahuakhbar...! 

Salam aidil adha dari kami di perantauan...bersiapsedia di hadapan hotel untuk ke masjid ...  


Dianggarkan terdapat 50 000 umat Islam di Huehot sahaja. 




Satu pusat bandar diwujudkan untuk orang islam. Pihak pemerintah memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk menonjolkan ciri-ciri keislaman didaerah ini.  Fasad bangunan-bangunan diubahsuiai dengan mewujudkan arca-arca juga kubah-kubah untuk  mewujudkan keunikan  berbanding kawasan lain...



"Don,t judge book by its cover"  hehe..

 Sebab itu bagi pngunjung pertama kali ke sini sering menyangka bangunan tersebut adalah masjid sedangkan ianya hanyalah sebuah bazar atau gedung perniagaan.

                            
Sausana sibuk dengan penonggang basikal kayuh, basikal elektrik dipersimpangan..sungguh aku tak jumpa kapchai honda , yamaha lc, modenas dll ha ha..

                          

 Sausana sibuk jemaah menghadiri solat hariraya ...


Pertama kali mengikuti solat di Huehot Inner Monggolia, China...

Pelik solat raya aku kali ini. mereka berkhutbah dulu sebelom solat....2 kali rukuk diikuti dengan takbir 3 kali pada rekaat kedua...taktaulah samada kami jemaah di belakang tersalah tafsir. Apabila mendengar imam bertakbir sesudah membaca surah, jemaah dibelakang terus rukuk,...imam bertakbir..,terus  bangun, ...imam bertakbir, kami rukuk lagi... lepas tu bertakbir lagi 3 kali...dan terus sujud ..huhu..Kami follow jer...Konfius..konfius..


Dek kerana jemaah terlalu ramai dan kawasan masjid terhad, solat raya dibuat dua shift..


 Rupaparas sama, bertutur bahasa sama, kepercayaan berbeza...Sungguh sukar mengenali Muslim dan Non Muslim di sana. Hanya ketayap dan hijab  membezakan mereka...Asalamualaikum...


Anak-anak muda turut membanjiri masjid untuk bersolat aidil adha...Seandainya ketayap tiada dikepala siapa sangka mereka ini saudara seagama...


 Kecenderongan beragama nampaknya turut berkembang pesat disini. Masjid disini turut menempatkan pelajar hafiz dan hafizah dari pelbagai daerah di China untuk mempelajari ilmu agama dan menghafal alquran...Sememangnya pendedahan ilmu agama tersangat penting untuk membimbing masyarakat setempat. Kesedaran agama telah kembali semula setelah sekian lama dinafikan hak beragama sebelum ini dibawah pemerintahan komunis totok. 


 Dek kerana kampong halaman jauh..setahun hanya dua kali dapat bertemu sanak keluarga...semoga pengorbanan mereka menuntut ilmu beroleh ganjaran tidak terkira dari Allah swt..Elok juga saudara segama dinegara islam lain turut menaja pelajar, belajar dinegara masing-masing sebelum kader-kader ini bertebaran dinegara sendiri membimbing masyaraat setempat yang dahagakan ilmu agama...Kebanyakan masyarakat  disana baru mula mengenali agama semula, dan sedikit sebanyak terdapat kepelikan terhadap pemahaman mereka beragama. Sebagai contoh ..solat hariraya yang aku ceritakan diatas...



Secara zahir keperluan material tidaklah seteruk mana tapi bimbingan beragama tersangatlah perlu...Semasa lawatan dikampong pada hari jumaat..., selepas tazkirah oleh ustaz yang turut sama menyertai ziarah ini, imam tempatan terus bangun mengimamkan solat jumaat...eh..eh..pening kami.., tazkirah tu dah dikira khutbah ker .. macamana ni ustaz...?


Ikuti lagi catatan kami sewaktu menziarahi penempatan muslim dan menjalani ibadah qurban di entry akan datang....

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK