Sementara menunggu konvoi esok pagi aku sambung cerita kembara Monggolia.
Hari pertama di Beijing pihak agensi di China sudah mengaturkan beberapa lawatan wajib ke kedai pilihan. Sesudah lawatan ke Summer Palace terus saja kami dibawa kesana.. lecehnya setiap kedai mesti menghabiskan masa sekurang-kurangnya 40 minit dan lebih leceh harga yang ditawarkan tersangat mahal kerana kononnya harga di kawal oleh pihak kerajaan...walaupun pengunjung berhak untuk tidak membeli tapi gelagat penjual yang memujuk rayu kekadang sangat merimaskan.
Namun jangan terpedaya dengan situasi ini kerana menghampiri pusat-pusat bandar keadaan jalan berubah menjadi tersangat sesak..Tidak hairanlah jalan-jalan dikota Beijing tersenarai sebagai antara jalan- jalan yang tersesak di asia mengiringi Bangkok, Jakarta dsb..Turut diperhatikan kebanyakan kenderaan disana walaupun baru tapi berdebu...sayang model-model kenderaan cantik dan terkini dibiarkan sedemikian rupa...Peluang baik untuk pengusaha cucian kenderaan untuk melebarkan sayap disana... ha ha..
Beginilah keadaan tol di lebuhraya di Beijing...
" tepi-tepi wa nak lalu .. !" he he ..macam tulah kot dihati masing-masing...
Kekadang kita yang menengok meremang bulu tengkuk bilamana kenderaan seolah-olah akan berlanggar sesama sendiri...Walaupun lampu isyarat telah menyala merah...selamba pengguna kenderaan mencelah diantara kenderaan dari arah bertentangan...
"Tiunaseng...!" gitulah kot mereka mencarut ha ha..
Hari ini kami dibawa ke rumah refleksologi kaki dan ubatan tradisional cina ...Seperti biasa, setelah diberi penerangan dan didatangkan tukang urut, mengurut kaki..sifu akan datang..dengan melihat tapak tangan mereka akan memberitahu penyakit-penyakit yang perlu dirawat segera...! Anda dalam bahaya..! Maka diberi formula-formula ramuan herba berserta pantang yang perlu dipatuhi...mereka meyakinkan wang akan dikembalikan sekiranya ubatan yang disyorkan tidak berkesan...ish-ish macamlah kami selalu kerap ke beijing...
Lawatan pertama dulu aku terbeli ubatan bernilai RM2800..dan kini giliran peserta lain turut terbuai dengan penerangan yang diberikan ..Mereka membeli ubatan bernilai RM 6000 lebih dan RM7000 lebih masing-masing..Pergh...! Pendek kata segala penyakit boleh diubati..masalah jerawat, keguguran rambut, jantung, hempedu, hati..sengal-sengal...kuatkan tenaga batin bla bla...testimonial mereka adalah potrait maharaja cina yang hidup hebat bersama isteri dan para gundek...!
Kilang sutera...ke mana kaum ibu pergi, penjual akan mengekori kerana mereka tahu kaum-kaum ibu sukakan barangan seperti ini...
Ikuti cerita berikutnya kami ke Huehot menaiki keretapi malam...dan menonggang kuda di grassland keesokan harinya...
Kena ajak Abe Mat datang sini..
ReplyDeletehe he betul kak mah..kawan saya memborong jaket, kasut dsb..xdalah murah sangat tapi boleh lahhh
Delete