Sambungan entry Semalam di KB
Isnin 15 Feb 2014
Harini terpaksa berpatah balik ke KB. Ada urusan yang tak selesai semalam. Seawal 5.30pagi aku berada di atas motor. Memesan rakan supaya menunggu saja di hotel. Jarak ke KB dari tempat penginapan di Merang Trengganu dalam 140km. Pergi balik campur pusing-pusing mencari tempat yang dituju adalah kot dalam 300km lebih. Aku jangkakan dalam jam 11 akan sampai semula ke Merang.
Masjid kayu Ulul Albab Jerteh Trengganu...
Betul jangkaan lebih kurang tepat. Dalam 10.30 aku tiba semula di Merang Trengganu..Awal pagi tak boleh membesit, takut-takut ada binatang ternakan bergelimpangan tidor atas jalan raya. Setibanya di KB jalan sudah mula sesak. Itu antara faktor jangkaan kelewatan. Merehatkan diri sebentar terus sambung ke K.Trengganu. Singgah di Masjid kayu Jerteh Trengganu sebelum menuju tempat membuat kapal secara tradisional di Pulau Duyong. Lokasi tak susah..Menanya seorang dua, terus dipelawa mengekori mereka ke tempat yang dimaksudkan.
Pemilik tiada. Beliau ke luar daerah. Bersembang dengan pekerja saja. Banyak kapal nelayan atau kapal layar telah dihasilkan disini. Tempoh penyiapan bergantung kepada saiz kapal tapi kebiasaannya dalam tempoh 6-8 bulan yang menggunakan pekerja 5-6 orang. Kebetulan terdapat sebuah kapal nelayan dalam pembinaan bernilai lebihkurang 200 ribu.
Antara kapal layar yang telah disiapkan bernilai lebih 2 juta adalah ditempah oleh pemilik warga Jerman dan Kraftangan Malaysia. Saiz kapal layar lebih kurang tertera digambar ini. Kami berpeluang menyelinap masuk ke dalam perut kapal layar...
Dilengkapi lebih 8 bilik tidur , tandas, ruang memasak dan makan...
Pergh memang syok untuk berlibur dilautan sambil memancing...
Istimewanya pembuatan kapal disini iayanya dibuat bergantung sepenuhnya kepada kemahiran tukang kapal, berpandukan sedikit lakaran ..berbanding pembuatan kapal secara moden yang bergantung sepenuhnya dengan lukisan-lukisan pembinaan..Namun produk mampu membelah samudera setanding bahkan lebih baik dari produk yang dihasilkan secara moden...Inilah kehebatan senitukang melayu sebagaimana diceritakan oleh Ar Mastor, pengkaji senibina warisan Melayu. Aku harap terdapat inisiatif dari pihak pihak berkaitan untuk mengetengahkan kehebatan senibina ini kepada orangramai.
Penyelenggaraan kapal juga dibuat disini.
Hampir waktu zuhor kami beredar. Balik ke KL melalui Lebuhraya Pantai Timur. Masuk lebuhraya. tekan gear..Pulasss. .Pergh...Berdasarkan papan tanda jarak ke KL hanya 440KM...Sekiranya menonggang secara santai sepatutnya tak sampai 3 jam boleh tiba. Berbanding sekarang lebih 5 jam..Walaupun telah beberapa kali menggunakan laluan ini, tonggangan kali ini sangat mengujakan..Teruja..? yea kami sangat teruja..Rupanya sebahagian lagi seksyen lebuhraya telah dibuka . Kali terakhir, lebuhraya hanya dibuka sehingga persimpangan Bukit Besi, Jabor Trengganu..tapi kali ini dua lagi persimpangan telah di buka iaitu Persimpangan Kuala Dungun dan Persimpangan Paka...Aku tak pasti bila iayanya mula dibuka kerana tidak terdapat sebarangan pengumuman berkenaan ..atau aku yang tak termaklum...?
Tonggangan santai. Hampir magrib tiba di rumah. Harini mencatatkan perjalanan lebih 800km..pergh...
Harap-harap baki seksyen lebuhraya yang belum dibuka boleh dilalui dalam tahun ini juga. Seronoklah meneroka ke Pantai Timor lagi nanti hehe...
Sekian diari perjalanan kali ini...Kembara Australia April 2014 menanti...
No comments:
Post a Comment