Tarikh : 15 hb
Feb 2013
Destinasi: Kota
Bahru
Tujuan: Urusan Kerja sambil melawat tempat menarik
bersama seorang rakan biker juga rakanniaga Ar Mastor. Rakan yang aku sangat
serasi untuk berkonvoi bersama
Bertolak 7 pagi.
Tempat berkumpul R n R Rawang. Sausana sungguh meriah disini terutama hujung
minggu , bertambah meriah kerana ramai tertumpu di sini disebabkan R n R Jejantas Sg Buloh ditutup kerana kerja-kerja
naik taraf . Bertemu dengan ramai bikers yang kebetulan singgah disitu
untuk bersarapan sambil menunggu rakan-rakan tiba.
Tidak diduga bertemu dengan
rakan biker hebat Cikgu Mat yang baru kembali dari berkapchai solo menjelajah negara -negara Afrika pada Disember 2013. Kebetulan dalam berjalanan ke KB juga tetapi ke Ipoh terlebih dahulu.
Diperkenalkan dengan En
Abdullah juga (kanan sekali) seorang biker berasal dari Kuala Pilah kini bermastautin lebih 15 tahun di Cape Town
setelah berkahwin dengan melayu Afrika Selatan
dan menjalankan bisnes membekal minyak masak disana. Rakan Cikgu Mat yang dikenali melalui FB
hasil carian rakan untuk penjelajahan Afrika beliau . Dirumahnya beliau menginap sewaktu berada di Cape Town. Sedang elok, aku pun jika berkelapangan
dan punyai rezeki memang berangan untuk
ke sana.. Hehe En Dollah tunggu kami yea kami nak tumpang tidor juga nanti. Leka
bersembang jam 10 baru bergerak.
Singgah Petronas
Simpang Pulai untuk berehat dan mengisi minyak. Melelapkan mata sebentar.
Betemu dengan ramai bikers yang menuju Cameron Highland.. Hujung minggu begini
ramai biker melepaskan gian bermotorsikal. Ibarat kelkatu yang mengerumuni
cahaya lampu diwaktu malam sesudah hujan. Sempat bersembang dengan biker dari
Naratiwat. yang kebetulan ke CH tapi bersama rombongan bas
Malang tak
berbau. Rakan aku Ar Mastor tergolek sewaktu memasuki perkarangan masjid di
Lojing. Hilang kawalan sewaktu memasuki selekoh berpasir. Tiada kecederaan dan
kerosakan serius. Sesudah solat sambung perjalanan. Musuh utama mat motor selain pengguna kenderaan tidak bertimbangrasa adalah keadaan jalan yang tidak diselenggara dengan baik.
Pemandangan
antara Lojing dan Gua Musang. Habis gondol gunung
ditarah. Kesan kebakaran itu pula tak diketahui
samada disengajakan atau terbakar.
Memang disetengah tempat api masih marak. Kemungkinan terbakar pun yea
disebabkan cuaca yang panas lagi kering sekarang
Singgah berehat
lagi di gerai tepi jalan 30 km ke Gua Musang. Rakan aku tergolek lagi sewaktu membuat pusingan U. Pergh..! Naik motor besar
beginilah .., nampak mudah walhal susah, silap sikit tergolek. Mujur jalan lengang ketika itu..
Terserempak
dengan gerombolan peminat kereta antik Toyota KE dan sezaman dengannya. Aku
terfikir kereta buruk aku elok saja disimpan. Akan tiba juga nanti kereta itu
akan menarik perhatian orang ramai. Seperti kereta antik yang ditemui itu.
Pemandangan
menarik berlatarbelakangkan gunung batu kapor yang sangat banyak di Gua Musang.
Alangkah bagusnya jika terdapat papan tanda gergasi tertera nama Gua Musang untuk
pelancong luar mengabadikan kenangan. Kebanyakan tempat-tempat luar yang pernah
kami lawati kekadang tu tiada yang
menarik tetapi gimik dan promosi menjadikannya destinasi wajib setiap kali
orang luar berkunjung ke sana.
Kordinat lokasi masjid - 5Deg 57' 36.2" N 102Deg 15' 00.7" E
Magrib tiba di Nilam puri. Singgah solat di salah satu binaan tertua yang masih wujud di Nusantara. Untung berjalan bersama pengkaji sejarah AR Mastor. Beliau merupakan arkitek yang sangat berpengalaman luas dalam senibina melayu. Masjid berusia lebih 600 tahun., masjid sezaman dengan binaan Masjid Agong Cerebon Yogyakarta, Indonesia, juga Masjid Demak Demak Jawa Tengah. Mengekalkan rekabentuk dan binaan asal walaupun telah dipindahkan dari lokasi asal dari muara sungai Kg Laut Tumpat . Asalnya binaan dibuat tanpa sebatang paku...!! Sayang dan terkilan binaan bersejarah lagi hebat tidak dieksploitasi sebagai ikon pelancongan. Disebabkan kurangnya promosi, aku pasti ramai yang tidak tahu akan wujudnya binaan hebat ini.
Magrib tiba di Nilam puri. Singgah solat di salah satu binaan tertua yang masih wujud di Nusantara. Untung berjalan bersama pengkaji sejarah AR Mastor. Beliau merupakan arkitek yang sangat berpengalaman luas dalam senibina melayu. Masjid berusia lebih 600 tahun., masjid sezaman dengan binaan Masjid Agong Cerebon Yogyakarta, Indonesia, juga Masjid Demak Demak Jawa Tengah. Mengekalkan rekabentuk dan binaan asal walaupun telah dipindahkan dari lokasi asal dari muara sungai Kg Laut Tumpat . Asalnya binaan dibuat tanpa sebatang paku...!! Sayang dan terkilan binaan bersejarah lagi hebat tidak dieksploitasi sebagai ikon pelancongan. Disebabkan kurangnya promosi, aku pasti ramai yang tidak tahu akan wujudnya binaan hebat ini.
Malam menginap di
Holiday Villa Wakaf Che Yeh. Caj RM220 semalaman.
Kang...nampak sedap jugak jalan ke KB tu. Mana best berbanding jalan biasa ikut K.Lipis ke Gua Musang? Dengarnya jalan baru telah dibuka berperingkat..
ReplyDeleteABN...dua-dua laluan mempunyai keunikan tersendiri, selalunya saya lalui kesemua jalan itu untuk melengkapkan satu loop...Tapi sekarang bila LPT sebahagian besar dah buka jarang melalui k.lipis...sebab nak cepat..hehe...
ReplyDeletemotor superbike jika terjatuh, kos baiki tinggi tak??jika motor cub pun bole tahan jugak kosnya..
ReplyDeletecam tak apa2 kesan dari kejatuhan@ tergolek kat jalan
As-salam
Tiada kerosakan serius Mohd, hanya engine guard bengkok, lampu signal patah dan kesan calar pada tangki selain tabung brek minyak pecah..tapi bersiap sedialah gak dalam seribu dua ribu hehe
ReplyDelete