Setelah lama tidak menonggang hampir 4 bulan kerana ke Tanah suci diikuti dengan kecederaan bahu ketika berbasikal, kini aku aktif bermotor semula. Bermula dengan Melaka, diikuti dengan Ipoh dan hujung minggu ini akan ke Kota Bahru bersama seorang lagi rakan atas urusan kerja.. Semasa ke Ipoh lampu amaran minyak enjin menyala. Hati resah . Menalifon rakan pomen dimaklumkan minyak enjin perlu ditambah. Ok setelah ditambah lampu amaran padam. Lega.
Untuk perjalanan berikutnya, elok saja diselenggara motor tersebut. Maklumlah motor telah lama berehat.
Mileage: 87300
Servis tukar minyak enjin, gear box , axle dan penapis minyak, Tukar brake pad belakang.
Kos rawatan RM480.
Sedang seronok menonggang, lagi lampu amaran menyala..Adooi apa pulak kali ini . Telefon rakan pomen dan rakan yang memiliki motor serta model yang sama dimaklumkan sistem ABS perlu diperiksa...Perlu hantar ke Auto Bavaria ler nampaknya untuk periksa sistem ABS..Pergh..Harap-harap masalah kecil.
.
Terkurang maklumat susah terlebih maklumat pun susah...Susah jika tanpa amaran tetiba kenderaan meragam..Naya..!. Psiko juga bila lampu amaran asyik menyala tentunya meresahkan tonggangan..Mula terbayang duit yang bakal terbang...huhu.
Redha sajelah dah bukan rezeki kita.
No comments:
Post a Comment