Hari ke 6 menuju Scotland melalui Liverpool. Sengaja memilih destinasi bandar utama. Liputan lawatan akan lebih meluas...Ingin menikmati sausana di setiap lokasi berbeza.
Pemanduan kami hanya bersandarkan applikasi google map . Lecehnya jika tiada liputan internet ., ibarat orang buta kehilangan tongkat..Inilah yang terjadi sewaktu menghampiri Liverpool, liputan internet tiba tiba hilang. Ketika ini pemanduan berpandukan tujuk arah yang telah di pra set... Jika tersalah lorong sukar untuk ke laluan asal sebab applikasi gajet gagal memberikan alternatif laluan. Berpusing- pusing kami di sana untuk mencari lokasi yang mempunyai liputan internet. Peristiwa ini merencatkan niat untuk meneroka bandar Liverpool..Dikhuatiri didalam kesesakan nanti hilang lagi liputan internet .
Services atau RnR di hiway
Sempat singgah di Stadium Liverpool Anfield. Melengkapkan lawatan ke 3 stadium pasukan utama EPL England..MU, MC dan kini LFC
Kedudukan stadium betul betul ditengah kawasan perumahan. Kesihan penduduk yang bukan kaki bola..Dari kejauhan stadium kelihatan seperti kilang botol...hehe
Melawat ringkas stadium seterusnya bergerak ke destinasi berikutnya Lake District, juga dalam perjalanan ke Scotland
Pemandangan sepanjang perjalanan sangat memukau. Untung meronda ketika musim bunga baru bermula...cuaca nyaman..waktu siang pula panjang. Keindahan digambar tidak serupa dengan pengalaman melihat sendiri.
Perkampungan sangat indah . Uniknya disini lagi pendalaman pemandangan lebih indah..Keaslian masih terpelihara..Kebersihan terjaga..seperti menatap poskad.
Walaupun dipendalaman kampong sangat bersih cantik dan tersusun...Sangat jeles
Liputan internet hilang lagi sewaktu sedang seronok melawat perkampongan di sana...Jadi melawat saja tempat yang menarik berdekatan .Mujur semua kawasan cantik.
Berikut ini adalah Bisergh Castle. Punyai pilihan untuk melawat luar dan taman castle atau taman saja.Bayaran £12 dan £5 setiap seorang..Pilihan kami tentulah bayaran yang paling murah.
Pemandangan seperti didalam poskad..sangat cantik..
Waktu sudah suntuk..Untuk ke Edinburgh mengambil masa lebih 3 jam.
Walaupun teringin meneroka kawasan lain terpaksa lupakan dulu... Liputan internet masih bermasalah..Kami memandu berpandukan peta yang diambil sewaktu singgah di kawasan RnR tadi...sementara mengharapkan liputan internet kembali ada.
Alhamdulilah beberapa batu memandu liputan internet kembali ada. Dalam perjalanan sempat lagi menyinggah tempat tumpuan orang ramai...Brokehole
Disini banyak aktiviti outdoor . Juga tidak lama di sini..
Melalui pekan kecil di Lake District sebelum ke Edinburgh
Rangkaian hiway di UK sangat bagus.Namun apabila menggunakan aplikasi gajet laluan akan dilencongkan ke jalan pintas untuk sampai ke destinasi lagi cepat..
Tidak kesal kerana pemandangan yang sangat indah.
Pemandangan memang cantik...Beberapa kali berhenti
untuk mengambil foto..Yang frustnya foto tak seindah yang sebenar.
Sekitar jam 7 ptg tiba di rumah penginapan di Edinburgh...Sausana masih cerah...Sempat lagi untuk solat zohor dan asar..Maghrib jam 8 malam...!
Dua malam kami di Edinburgh ini...Jom jom kita meronda di sini pula.
No comments:
Post a Comment