Hari ke 9
Kembali ke London melalui laluan pantai timur. Menyinggah di Newcastle sebelum tiba di Bermingham
Ketika ini berada disempadan Scotland England
Pemandangan kiri kanan lebuhraya hampir serupa di mana mana..ladang ternakan juga ladang Carnola.
Mengambil kesempatan melalui jalan-jalan biasa di pendalaman. Jemu jika hanya memandu di lebuhraya..Berpeluang melihat kawasan perkhemahan. Di sini percutian keluarga di tapak tapak caravan sangat popular. Walaupun agak terpencil tapak perkemahan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
Berdekatan penginapan kami rupanya terletak stadium Aston Villa..Pasukan ini boleh tahan hebat di dalam liga Epl.
Keesokan hari ke 10 seawal jam 6 pagi terus bergerak ke London..Tak mau berebut ruang jalanraya dengan warga tempatan yang ingin ke tempat kerja.
Cara pemanduan di sini tidak banyak beza dengan di tanah air..Sedikit perbezaan.. di sini kenderaan berat tiada hadlaju berbeza dengan kenderaan lain. Mereka bebas memandu dimana-mana lorong. Secara amnya pemanduan pemandu di sini agak lebih berdisplin...Namun diperhatikan warga baru tidak sedisplin warga terdahulu..Apabila berhenti banyak saja sampah2 dibuang merata di kawasan parking.
Sekitar jam 2 petang sampai di hotel penginapan akhir lawatan di Earl Park..London.
Meletakkan luggage terus ke Heathrow untuk memulangkan kenderaan.
Sementara hari masih cerah kami meronda di Oxford Street destinasi belibelah popular London..
Tamat sudah lawatan 10 hari di UK..Esok kami akan meneruskan kembara ke Europe pula...13 hari di sana bersama grup Kelana Konvoi pula
Ikuti coretan selanjutnya.
No comments:
Post a Comment