Dah alang alang memanjat semua buah ditempat tinggi dipetik. Buah yang boleh dicapai menggunakan tangga dibalut dengan kertas dan dibiarkan masak diatas pokok. 14 biji yang telah dibalut.
Buah yang tinggi tak sanggup untuk membungkusnya.
Pokok ni pernah berbuah tapi bertahun lawas. Mengikuti petua orang ramai, batang dan dahan dilukakan dan alhamdulillah berkesan.
Oklah juga dapat dalam 10 kg..purata berat dalm 700gm. Yang berbalut masih ada lagi dipokok lebih kurang banyak ini juga.
Pokok ni pernah berbuah tapi bertahun lawas. Mengikuti petua orang ramai, batang dan dahan dilukakan dan alhamdulillah berkesan.
Melihat kepada daun yang rimbun, nampaknya sebahagian dahan perlu dicantas. Sekarang ni pokok mangga berebut ruang dengan pokok rambutan.
Pokok rambutan pun sudah terlalu lama tidak berbuah. Sayang pokok yang dah matang tidak diberi perhatian. Sedangkan jika diberi penjagaan dan pembajaan yang betul, buahnya makan tak habis.
Usaha menyuburkan pokok, paip berongga ditanam di keliling pangkal pokok supaya baja yang ditabur meresap ke dalam tanah dan tidak terbuang ketika hujan.
Harapnya berkesanlah...
Buah yang dipetik tua boleh di biarkan masak, yang muda boleh dibuat kerabu mangga..atau jeruk traffic light. Hehe ambik nama sempena jeruk yang ramai berjual dipersimpangan lampu isyarat..
Tak rugi berbudi pada tanah...
No comments:
Post a Comment