click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, August 3, 2022

Tasik Bera...

Ini merupakan kunjungan ke 2 ke tasik ini setelah lebih 20 tahun tidak ke sana. Seingat penulis masa datang dulu tiada lagi jeti dan resort. Menerusi bacaan di internet resort dan jeti mula dibina sekitar pertengahan tahun 90an dan mula dibuka pada umum pada  1997, mengambil peluang kemasyhuran yang bakal dilimpahkan apabila  Tasik Bera mula mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Tanah Lembab Berkepentingan Antarabangsa atau Ramsar pertama Malaysia pada 1994 meliputi keluasan 31ribu hektar lebih. Antara tapak Ramsar dunia lain terletak di Amazon Amerika Selatan. 

Ramsar adalah perjanjian antarabangsa untuk memelihara kelastarian kawasan tanah lembab semulajadi bagi memastikan ekosistem sentiasa terpelihara.


Sebelum ke Tasik Bera meronda dulu ke Bandar Bera, tak jauh dari Temerloh sekitar 30 minit pemanduan. Sebagaimana bandar-bandar utama lain di Pahang kebersihan boleh dikatakan bagus.

Bandar Bera walaupun tak pernah ke sana sebelum ini, tapi sentiasa terpahat dalam ingatan kerana seorang rakan sekerja pernah bertanding PRU disitu dan kalah. Parlimen Bera diwakili oleh Perdana Menteri Malaysia ke 8 DS Ismail Sabri.  

Hairan juga daerah Bera hanya mendapat hospital daerah pada 2022, sebelum itu hanya memiliki kelinik kesihatan.


Oleh kerana pertamakali ke daerah ini, melihat papantanda memang terasa asing. Nama-nama tempat seperti Sebertak, Rentam, Kumai, Mayam agak janggal didengar.

Setibanya simpang masuk ke tasik terdapat Pejabat Pengurusan Tapak Ramsar Tasik Bera. Maklumat berkaitan Tasik Bera turut dipamerkan di kawasan letak kereta luar. Singgahan pertama dulu tidak kedapatan semua ini.


Untuk memasuki kawasan tasik tiada bayaran dikenakan sekadar mencatat nama dipondok pengawal.


Jarak pejabat  pengurusan/pondok pengawal ke tasik dalam 4 KM. Batu tanda jarak agak mengelirukan., Selalunya semakin menghampiri destinasi, baki jarak  semakin menurun, ini terbalik, jarak destinasi semakin menaik. Mula memasuki tadi terperasan batutanda  1km, 2km dah lama memandu terpandang jarak 3km, hait apasal destinasi semakin menjauh, dahlah memandu dikelilingi hutan. Rupanya rujukan 0 KM bermula di pintu pengawal, bukannya tasik, jadi agak mengelirukan kepada pengunjung  yang jarang datang.



Lemah..Setiba didestinasi disajikan dengan pemandangan bangunan- bangunan usang dan persekitaran terbiar. Rujukan diinternet tidak pula dinyatakan resort telah ditutup. . Mujur ada sekuriti, jika tidak lagi teruk keadaannya.

Bersembang dengan Pak Guard memang ada  pengunjung berkumpulan luar daerah, negeri dan negara  yang datang tetapi hampa. Wajar mereka hampa.




Sepanjang meronda tempat yang dikatakan menarik di daerah-daerah Pahang dan  seluruh negara hampir semua beginilah keadaannya. Bukit Tinggi tidak bermaya, Gambang Resort City tutup, Kota Gelanggi Jerantut terbiar, Gunung Senyum Jerantut sepi, Titik Tengah Semenanjung di Lancang jarang dibuka, Santuari Gajah Kuala Gandah Lanchang tidak semeriah dulu, Tasik Chini pun  begitu apatah lagi kini persekitaran telah dirosakkan dengan aktiviti perlombongan,  semuanya gah diawal pembukaan beransur lesu setelah lama beroperasi.


Inisiatif mewujudkan destinasi menarik sudah bagus tapi tiada aktiviti dan promosi berterusan untuk menggamit pengunjung sentiasa berulang datang. Mengharapkan pengunjung domestik saja tidak mencukupi, kita perlukan pengujung rentas negara.

Khabarnya resort di Tasik Bera ini bakal dibuka semula, menteri kewangan telah pun datang melawat dan bajet telah diluluskan.  Namun jika jalan yang ditempuh sama seperti dulu dah boleh agak apa keputusannya  jika berkunjung lagi ditempat ini dimasa akan datang.

Kepada warga diluar sana jom kita meriahkan pelancongan domestik. Perlukan sokongan semua untuk sektor itu terus segar. 

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK