Cabaran bertani bukan sedikit.. Pokok yang ditanam samada mati berpenyakit atau mati dikacau haiwan liar
Lebih sedih apabila pokok yang kelihatannya subur patah pula dikerjakan makhluk asing. Sakitnya tu di sini...
Yang tercabut sehingga ke akar pun ada...sebulan lebih pokok nangka ini ditanam...meriah dengan pucuk- pucuk baru, daun berkilat...Selamat seketika kerana mulanya dilindungi dengan 2 biji tayar..Merasakan selamat dari gangguan dipindahkan sebiji tayar, supaya mudah memindahkan tayar sekiranya pokok telah membesar dan tinggi..Lawatan sesudah itu mendapati pokok telah ghaib...Tercabut sehingga ke akar...
Bakul memagari pokok ini juga tercabut dari tempatnya ..mujur pokok nangka tidak terusik..
Ada beberapa pokok nangka subur lagi yang tercabut sehingga ke akar.
Selepas ini kebun akan dibiarkan sedikit semak..Jika sebelum ini bimbang susah membersih bila semak semakin tebal, dengan pemotong bilah besi masalah itu dapat diatasi dengan mudah...Pokok di kawasan sedikit bersemak nampaknya banyak yang terselamat..mungkin haiwan liar terkeliru antara semak dan pokok- pokok yang ditanam..
Tak dapat bayang bagaimana perasaan pekebun yang bergantung sepenuhnya dengan hasil bertani..Nangis tidak berlagu gamaknya..
Perkara berlalu usah diratapi, kena pandang kehadapan..
5 pokok avocado ketinggian lebih 2' yang disemai di rumah dipindahkan ke kebun. Pokok yang telah bertanam sebelum ini, minggu hadapan sahabat kebun akan mengawinkan dengan pucuk dari kebunnya . Misi melengkapkan kuota 30 pokok avocado keseluruhan harap segera tercapai.
Akses sedikit demi sedikit menghampiri lokasi Rumah Mini Kebun di puncak. Mungkin pogress akan semakin memerlahan kerana 40 tiang konkrit pagar akan tiba minggu depan. Pagar sekiling kebun nampaknya perlu diberi perhatian segera..4 Penggera sensor pergerakan kuasa solar yang meniru bunyi tembakan dan suara anjing juga telah dibeli. Harapnya usaha ini berkesan.
Mana sanggup bekerja hanya seperti Pak Pandir..
Mana tahan asyik menyulam pokok pokok...
No comments:
Post a Comment