click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, June 7, 2024

Pulau Besar Mersing D2...

Kalau maukan suasana meriah, Pulau Besar Mersing bukan tempatnya. Di sini sesuai untuk merasai suasana lebih tenang... Tidak sebagaimana Langkawi atau pulau-pulau terkenal lain, tiada live band, tiada pertunjukan bebola api pantai dll.  ..







Pasir memutih, laut jernih, pantai bersih, pemandangan memukau inilah kelebihan pulau- pulau di sebelah timur kerana berada di laut terbuka berbanding pulau di sebelah barat yang berkedudukan di selat.






Pagi dan petang boleh bersiaran atau berkubang di pantai yang landai dengan ombak yang tenang..






Malam hari  melepak tepi pantai sambil melihat cahaya lampu semenanjung sambil mendengar deruan ombak dengan belaian bayu laut.
Jika minat memancing boleh melepaskan gian mencampak ladong pancing di persekitaran jeti...




Boleh juga bermain game di cafe...






Atau boleh saja memilih untuk makan tidur...pakej kami disediakan set makanan berhidang dengan kuantiti yang agak banyak, mana yang tak habis boleh dibawa ke bilik..Bangun tidur, makan lagi.


Set sarapan mee goreng, ayam goreng, nasi lemak, telur...roti lagi..sebenarnya cukup untuk 4 orang..




Bayu Lestari sedang menambah bilangan chalet atas permintaan yang semakin bertambah..Zaman media sosial sekarang. perkongsian momen- momen indah di pulau memikat pengunjung lain untuk turut merasai pengalaman bercuti di pulau...

Jom jom kita meriahkan destinasi percutian lokal...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK