click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, June 5, 2024

Pisang Berangan, Pisang Abu

Atas urusan kerja di Parit Raja, kami ke Johor lagi. Mengulangi rutin, timbul rasa bosan jika sekadar pergi dan balik, seperti sudah menghafal laluan. Biasanya akan bermalam samada di destinasi atau  perjalanan balik seperti di Batu Pahat, Muar, Melaka dsb.

Kalini mengubah laluan balik melalui Keluang- Kota Tinggi-Mersing-Segamat -Gemas-Rawang.. Tak ada kerja cari kerja.





Di Kota Tinggi melawat dan menginap di rumah Abang. Abang pun berkongsi minat berkebun, dapatlah ole ole benih pokok Pisang Berangan dan Pisang Abu 3 pokok setiap satu...Percubaan menanam pokok pisang di kebun bukit Puncak d'Rasa.

Dulu sewaktu awal-awal berkebun mencuba menanam benih kelapa, bersepai dikacau dek babi..ataupun mungkin landak..., sekarang bila kerap ke kebun mungkin terhidu bau  manusia, walaupun ada tanaman kurang mendapat gangguan.


Sesudah Kota Tinggi meneruskan perjalanan ke Mersing, bercadang ke Pulau Besar...ini sebahagian misi melawat pulau-pulau di Malaysia. Sebelum ini ke P.Tioman. Namun kali ini bergantung samada boleh dapat tempat penginapan ketika di pulau. Kita main terjah. Tak banyak pilihan tempahan  secara online, sahabat bagitau penginapan boleh ditempah ketika di jeti nanti... Dapat menginap satu malam sudah mencukupi, lagipun perkhidmatan feri ke pulau hanya mengambil masa 30-45 minit...


Jom jom merayap...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK