Ini baru betul-betul kenderaan pelbagai guna..kegunaan liburan boleh, basahan ok, dijadikan kerbau kebun pun mantap...yang penting keterampilan dijaga sesuai dengan keadaan..jangan mentang-mentang Kembara kebun, penampilan dalaman langsung berkeladak, cat luar berkurap dan kemek sana sini.
Seusai membawa barangan kebun kita bersihkan segala habuk dan sampah..Jika selalu dibersihkan tiadalah keladak berkumpul di kabin..Sesekali untuk bercamping kita polish dengan pengilat..tiada siapa perasan yang ini adalah Kembara kebun.
Tiang pagar 6 kaki dengan mudah dibawa dengan Kembara..Kuantiti disesuaikan dengan keadaan, memandangkan kebun di puncak bukit tidak banyak yang boleh diangkut, berbeza jika tanah rata rasanya banyak boleh disumbat di dalam kabin..panjang bahan sehingga 8 kaki boleh diangkut, hanya perlu ditompang di dashboard.
Fuh best setelah bermandi peluh menikmati bekal, sambil mata melihat tanaman kebun dari tempat tinggi..berligar dikepala apa penambahbaikan yang boleh dibuat di kebun.
Sepucuk jambul nenas MD2 akan mula ditanam. Banyak ruangan keliling pagar yang boleh dimanfaatkan. Harapnya tidak diganggu binatang liar, sementara pagar siap, penggera anjing garang dan penembak tepat nampaknya bertugas dengan cemerlang..pokok pisang yang ditanam mulai mengeluarkan daun lebar...
Nanti setelah dipasang pagar elektrik siapa yang mengacau terimalah padahnya. Semangat..
Jom jom berkebun..
No comments:
Post a Comment