Ini sebahagian sisa binaan yang dikumpulkan ketika jiran setaman membuat renovasi rumah..Berguni guni dapat dikumpulkan. Belum lagi yang diperolehi di pinggiran jalan sunyi yang dibuang secara haram.
Kontraktor rumah turut memberi baki batu konkrit dan pasir. Kita pula sedang dalam fasa membina rumah kebun, cukuplah untuk membuat asas tiang dan lantai konkrit tandas maupun dapur... besi pun lebihan orang.
Baru ini penulis berjumpa dengan pengetua sekolah OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat..menyatakan minat membeli kayu terpakai. Asrama JKM sedang dinaik taraf, bumbung lama ditukar baru..,banyak kayu bumbung lama yang masih boleh dimanfaatkan. Pihak Pengetua akan memaklumkan sekiranya kelulusan melupus diperolehi..
Tak pasti berapa harga..tapi sepatutnya tidak mahal kerana bahan ini perlu dlupuskan juga akhirnya melainkan pihak sekolah ingin memanfaatkan untuk kegunaan lain..
Dah terbayang, selain rumah kebun, pondok kebun sediada boleh dinaik taraf, menggantikan kayu-kayu kebun..Kayu kebun perlu sentiasa dilumur minyak, setelah ditukar nanti kuranglah sikit mentenen..
Jom jom berkebun...