Harini menuju ke Adelaide. Berdasarkan google map jarak tak sejauh Sydney - Melbourne dalam 780km . tapi disebabkan melalui jalan pantai tempoh perjalanan dijaangka melebihi 13 jam. sebagaimana yang diberitahu oleh rakan se homestay...Malam tu kami bersembang dengan En Rosli sekeluarga dari Shah Alam tapi mengambil penerbangan ke adelaide dan berkereta ke Melbourne.
Mencari maklumat lagi di pusat informasi yang banyak terdapat di sepanjang hiway. Pusat ini digerakkan oleh para sukarelawan. Kami memang terpegun dengan maklumat dan layanan yang diberikan. Jika berkesempatan kami akan singgah saja di mana-mana kawasan menarik sepanjang laluan kami. Sebagaimana aku ceritakan dulu..inilah antara kelebihan mengatur perjalanan sendiri.
Setelah memandu hampir 3 jam dari Melbourne kami memasuki zon Great Ocean Road...Melalui jalan berbukit di persisiran pantai. berliku-liku. Aku tak kata tak cantik...Keindahan alam semulajadi sebegini sememangnya cantik. Tapi tak seindah yang aku tengok di Sumatera semasa meronda berkapchai dulu. Kombinasi kehijauan hutan tebal tropika dan kebiruan lautan berserta ombak memutih menghasilkan pemandangan yang sungguh menakjubkan. Bezanya di sini mereka mempromosi keindahan yang ada sehingga dikenali di merata dunia.
Membaca maklumat di akhbar tempatan, pihak kerajaan akan membuka lebih banyak laluan baru disamping memperbanyakkan caravan park untuk menampung pengunjung yang semakin bertambah...ermm
Melihat gulungan ombak seolah berkejaran menghampiri pantai seterusnya membadai pantai berbatu meninggalkan buih memutih ..sungguh mengasyikkan...
Hakisan tebing meninggalkan struktur batuan dengan bentuk unik. Pelbagai gelaran diberikan seperti London Bridge...
Tanjung pemerhati...Aku merasakan tanjung ini jugak tak akan kekal lama..Kesan hakisan dan runtuhan jelas terdapat di tebing tanjung...
Pemandangan tanjung dilihat dari jauh..Sedikit demi sedikit hakisan ombak meruntuhkan tebing..Tak lama lagi akan lenyaplah tebing ini meninggalkan bentuk bentuk unik juga. Entah bentuk apa pulak yang akan muncul...
Twelve apostles menggambarkan 12 bentuk bentuk batu unik kesan hakisan yang boleh dilihat di sepanjang laluan ini. Hanya sebahagian yang boleh dilihat melalui tanjung pemerhati..
Boleh menggunakan khidmat helicopter dengan bayaran 150 AUD seorang untuk tinjuan lain dari udara selama 30 minit...
Betul aku cakap.. Ungkapan 'Biar menyesal membeli daripada menyesal tak beli' memang sangat bertepatan maknanya. Dalam kes ini biar menyesal beli tiket naik heli daripada tak naik..
Sesudah sampai di tanahair...kami memang menyesal tak naik ..bukan senang untuk mendapat peluang sebegitu.. Kami tak naik bila mencongak 600AUD untuk membeli tiket empat orang...Walhal sekali seumur hidup apa salahnya. Secara perbandingan 150AUD seorang adalah murah berbanding 250USD untuk menaiki belon panas di Capadoccia Turki dulu. Dulu kami pejamkan mata tak mau congak-congak untuk menaiki belon panas..hehe
Olehkerana berhenti merata tempat menikmati pemandangan selain terpaksa melalui pekan-pekan kecil disepanjang laluan yang menghadkan kelajuan kenderaan hanya 40km/jam, jam 3 petang baru selesai melawat tempat ini.., bermakna ada 500km lebih lagi untuk sampai ke Adelaide...
Setelah memandu beberapa jam ternyata tidak berbaloi meneruskan perjalanan. Jalanraya tersangat sunyi. Lagipun jam 5 petang sausana telah gelap..Walaupun jam menunjukkan pukul 8 malam, sausana seperti jam 3 pagi ..Jika menggunakan lebuhraya mungkin sausana yang berbeza..Hanya beberapa kenderaan berada di jalanraya..itupun trailer trailer..
Kami mengambil keputusan untuk bermalam di Mt Gambier berjarak 435km lagi ke Adelaide.
No comments:
Post a Comment