click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, May 5, 2014

Jom Australia- Kota Sydney

Aku rasa tak banyak lebihnya negara orang berbanding negara sendiri. Hanya orang lain lebih menghargai apa yang mereka miliki melihat bagaimana mereka mempromosi kelebihan-kelebihan yang mereka ada. Banyak negara yang pernah kami lawati mendapati bahwa apa yang diwar-warkan tidak lah se gah mana berbanding promosi yang ditonjolkan. Setelah melihat sendiri keindahan negara orang aku berpendapat kita tidak kurang hebat jika mengeksploitasi apa yang kita ada.

Pengindahan demi pengindahan terus dilakukan...Sydney Excibition Centre lama dirobohkan untuk membina yang baru...





Harbour Bridge atau Opera House kedua-duanya cantik. Namun apa kurangnya jambatan-jambatan atau bangunan-bangunan yang kita miliki. Lihatlah bagaimana mereka mengeksploitasi dua ikon ini sehingga menjadi tarikan pelancong luar dan dalam untuk menjadikan kedua-duanya sebagai destinasi wajib yang sering menghiasi foto foto kunjungan. 




Maritime Muzium di Darling Harbour...

Amusement Park yang terdapat dipersisiran air...


 Persisiran telok diperindahindahkan sebegitu rupa sebagai komplimentari kepada dua ikon ini . Tempat menarik lain diwujudkan di sepanjang persisiran telok. Feri feri dijadikan pengangkutan awam untuk orangramai menikmati panorama sambil melawat pelbagai tempat menarik lain sepanjang telok tersebut. Segera aku teringat bandar-bandar dipersisiran pantai di tanahair seperti Kuala Trengganu, Muar, Kuantan Melaka, Johor Bahru dsb...Alangkah bagusnya sekiranya kita turut mengeksploitasi keindahan yang kita miliki.


Replica Sydney City di Custom House di Circular Que..


Penat meronda boleh melepaskan lelah  sambil menunggu makanan yang dipesan sampai...


Sekarang sangat mudah untuk mengetahui samada bahan yang digunakan dalam penyediaan makan  halal atau sebaliknya..Periksa saja di website. untuk jalan mudah pilih makanan bersumberkan bahan mentah berasaskan tumbuhan tanpa sumber haiwan.


Makanan halal tiada masalah di Sydney. Outlet yang menjual makanan halal menyertakan sijil halal dari pihak berwajib...


Adat pergi ke tempat orang cenderahati wajib dibeli..hehe mahal atau murah bukan ukuran yang penting ingatan...








Royal Botanical Garden...




Hyde Park..Sydney

 Taman-taman botanikal yang banyak terdapat di Kota Sydney sungguh indah dan mendamaikan..Semuanya tersusun dan disenggelara dengan rapi.


Malam hari dihidupkan dengan pelbagai aktiviti. Malam minggu permainan bunga api di Darling Habour menceriakan sausana.


Bergambar lagi di malam hari  berlatarbelakangkan Opera House dan Bridge Harbour

Aku berpendapat prasarana-prasana awam di negara kita  perlu dibina dengan menerapkan nilai-nilai estatika juga. Selain berfungsi memenuhi keperluan asas, kecantikan yang dimiliki dapat memberi nilai tambah kewujudannya. Rekabentuk jambatan-jambatan yang merentangi sungai-sungai luas atau lautan perlu lari dari rekabentuk lazim. Perlu diberi nilai tambah supaya menjadi ikon pelancongan . Jika Harbour bridge, London Bridge boleh, kenapa tidak dengan jambatan-jambatan kita yang bakal  atau yang telah dibina.. Jambatan-jambatan di Putrajaya contohnya mempunyai nilai estatika yang tinggi..namun tidak pula mendapat promosi meluas sehingga menjadi destinasi wajib pengunjung luar dan dalam.. Begitu juga dengan Jambatan Pulau Pinang 1 dan 2 perlu diwujudkan dataran di persisiran pantai yang akan memberikan pemandangan menarik berlatarbelakang jambatan untuk orang ramai  mengabadikan foto kenangan...

Pemandangan yang indah tiada makna jika persekitaran tidak diselenggara dengan rapi.. Keindahan akan lebih terserlah sekiranya persekitaran bersih...!




No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK