click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, May 7, 2014

Jom Australia- Wollongong


Kami ke Wollonggong melalui jalan biasa merentasi taman negara. Pokok-pokok hutan  di taman negara ini tidaklah besar sebagaimana pokok di hutan tropika. Lebih kurang pokok bakau di persisiran pantai saja.



Ada peluang berhenti, kami berhenti..Ini syoknya  mengembara melalui jalan darat dan menyusun perjalanan sendiri tanpa mengikut agensi pelancongan. Kita tidak terikat dengan mana-mana peraturan ataupun jadual...










Melalui  penempatan awam juga kawasan perkelahan persisiran pantai bertebing curam . Walaupun agak jauh di pendalaman, apa yang aku perhati semua penempatan awam bersih ala-ala resort percutian. Ini yang seronok berkunjung ke sini.

Tiba di Wollonggong awal. Kami terus ke tempat menarik kunjungan ramai terletak 50km utara Wollongong. Blowhole di Kiaama.











Sampai saja di pekan tersebut kami terpaku. Sangat cantik. Pemandangan cantik macam di poskad. Kedudukan pekan di tanah berbukit di tepi pantai. Lautan membiru. Air bergelora. Segelora hati yang terpukau dengan keindahan alam..hehe..Ombak bergulung membadai tebing berbatu menghasilkan ombak tinggi dan buih memutih. Perghh..tak puas menyaksikan keindahan alam disulam dengan kebersihan persekitaran.



Sausana dan persekitaran yang serba cantik, kemas dan bersih. Toleh kiri cantik..kanan cantik...







Blowhole adalah phenomena alam bila mana ombak yang kuat menghakis tebing berbatu menghasilkan gua/terowong. Terowong terbina menembusi lapisan berbatu dan berakhir disebuah kawah.




                                   
Apabila ombak membadai tebing, air akan menerjah kedalam terowong dan menghasilkan semburan air kuat lagi tinggi di kawah . Lagi ganas ombak, lagi menggerunkan bunyi yang terhasil dan semakin tinggilah semburan air yang terhasil dikawah...

                         





Maha agungnya Allah pencpta alam ini. Bumi Allah adalah suci. Islam itu indah. Islam itu mudah. Tiada alasan untuk kita alpa dari mengingatiNya....

 

Selepas magrib kami bergerak menuju Wollongong semula. Keadaan gelap terpaksa menumpang rumah pelajar. Tak mau memandu di malam hari di tempat serba asing.

                             



                                  
                                  Saya Asyikin ... ambil jurusan perakaunan di Univ Wollongong hehe...

Rumah sewa pelajar di sini besar 4 bilik. Baru dua bulan berpindah ke sini. Empat pelajar berkongsi sewa 580AUD seminggu. Jauh lebih luas dan murah berbanding apartmen pelajar di Sydney. Kebetulan mereka ada membuat kenduri memasuki rumah baru siang hari tadi..rezeki kamilah makan nasi lemak...



Esok kami akan mengambil kereta sewa kami...Akan semakin panjanglah langkah kami..Alang-alang mengembara biar jauh terus...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK