20 hb jan 2015
Selalu orang komplen
panas..panas..panas.. Ramai yang berkeinginan supaya persekitaran semulajadi
sentiasa nyaman dan seringkali menyalahkan iklim. Kita bernegara panas. . Hampir sepanjang
tahun cuaca kita sentiasa panas dan berkeadaan lembab. Persoalannya, adakah
semua tempat berkeadaan begitu..Kawasan tanah tinggi yea ada sedikit kelebihan sejuk dan nyaman,
namun jika kita ke kawasan hutan walaupun berada di kawasan lembah, kita tetap akan
berasa nyaman di sana. Kenapa..? Kerana kawasan hutan dikelilingi dengan
pelbagai tumbuhan kecil, besar, menegak, menjalar dsb yang akan menapis dan menjadi payung
kepada sinaran matahari..Ini menunjukkan di mana-mana tempat boleh saja
berkeadaan nyaman, dengan syarat kita jadikan kawasan itu mirip kepada sausana
hutan. Walaupun mustahil untuk berkeadaaan seratus peratus sama, setidak-tidaknya dapat mencapai
sebahagian sausana hutan itu sudah dikira baik..
Inilah contoh penebangan pokok yang sepatutnya tidak terjadi,,,
Kita negara
tropika..Tumbuhan mudah hidup..Kenapa tidak diambil kelebihan ini dengan
membiarkan atau memperbanyakkan pokok
tumbuh . Apa yang dilihat, kita lebih gemar menebang pokok dan membiarkan kawasan
menjadi lapang. Amat pelik, kita
bertindak berlawanan dengan fitrah. Pokok yang mudah tumbuh dengan sewenang
wenangnya ditebang tapi mengharapkan sausana nyaman..
Jika melalui jalanraya
maupun lebuhraya, banyak kawasan lapang seperti di bulatan, laluan
keluar masuk dsb, kenapa tidak dibiarkan tumbuh dan ditanam dengan pokok-pokok
besar maupun kecil..Kenapa perlu membuang tenaga dan duit memotong rumput di
seluruh kawasan lapang sedangkan jika dibiarkan berpokok keperluan memotong
rumput tidaklah seteruk itu. . Rumput hanya perlu dipotong dibahu- bahu jalan saja.
Bilalah agaknya keinginan untuk melihat negara nyaman secara semulajadi menjadi impian semua orang. Jika ditanya pastinya semua menginginkan sausana nyaman tapi dilihat dari tindakan, keinginan hanya di bibir manakala tindakan tidak menggambarkan keinginan sebenar. Pendek kata.. Cakap tak serupa bikinlah..
Kita orang perseorangan boleh saja memainkan peranan untuk menghijaukan kawasan… Mulakan dengan menanam pokok di perkarangan rumah.
Untuk membeli pokok pokok di nurseri mungkin mahal tapi jika menggunakan pelbagai kaedah seperti kaedah tot, nescaya banyak pokok pilihan boleh ditanam dengan kos yang murah..
Di hadapan rumah, di keliling rumah jangan dibiarkan lapang..,Tanamlah dengan pokok pokok Jika ditanam di tepi jalan banyak manfaatnya..Boleh menjadi payong dari pancaran matahari.. Kereta boleh diteduhkan disana..Dedaun yang rimbun juga boleh menjadi penapis pencemaran udara...Dijamin nyaman kawasan rumah kita
Tanam yang berbuah pun ok
ReplyDeleteMemang tersangat ok.. cari pokok buah yang berdaun lebat
ReplyDelete