4hb Jan 2015
Lokasi Klia
Malam itu meriah. Ramai sungguh saudara mara, rakan taulan yang datang untuk mengucapkan selamat jalan . Terharu pulak rasa. Seingat aku dulu takdalah macam ni. Inilah kot penangan media sosial alaf baru. Teman setaman , rakan sekolej bahkan rakan sekolah menengah juga rendah turut sama meraikan rakan yang akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.
Malam itu seramai 40 pelajar tajaan
MARA akan melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang dan university di USA. Sekurang-kurangnya 4 tahun akan berada di perantauan.
Penerbangan 8 jam menaiki Korean Air.transit di Incheon, Seoul, selama 4 jam sebelum menyambung perjalanan ke Chicago.. Setelah hampir 14 jam berlenguh badan, tiba di Chicago...Mengambil pula penerbangan domestik untuk ke Columbus, Ohio State. Hah lebih 24 jam ..!
Sekarang zaman canggih, Walaupun jauh beribu kilometer photo photo mudah saja dikongsi bersama. Berbanding dengan kami dulu...berutus-utus menggunakan surat...Entah sampai entahkan tidak..
Pertama kali menjejakkan kaki di tempat orang sudah disajikan dengan cuaca yang sejuk. Kawasan penginapan dilitupi salji..
Kami di tanah air mendoakan yang terbaik untuk kalian. Dari 5, 3 telah bertebaran di negara orang , 2 sedang mananti...Andaikata anak-anak ingin mengucapkan selamat hari raya nanti nampaknya kami terpaksa bersengkang mata...Tak boleh tidor.. hehe
Selamat maju jaya. Semoga segala urusan dipermudahkan…Berjaya dunia dan Akhirat...
No comments:
Post a Comment