click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, January 27, 2015

Kalau hati telah berkenan...

Dari mata turun ke hati. Dari dulu lagi memang aku sungguh berkenan dengan motor dwifungsi GSA ini. Bagi aku pandangan dari segenap sudut adalah perrfect. Paling aku suka pandangan dari hadapan. Aku melihat ia seperti ular tedung selar yang sedang tegak mengepak ...Kelihatan Bersiap Sedia, Garang  dan Angkuh  hehe.


Cuma diperkatakan motor ini tinggi dan berat jadi kurang sesuai untuk penonggang yang bertubuh sederhana. Lagi tak sesuai untuk orang yang baru berjinak-jinak dengan motor besar. Itu sebab aku tak  beli motor ini dulu sebaliknya membeli motor dari kategori  sport tourer.. Enjin dan Spesifikasi lebih kurang sama tapi ditala menurut kesesuaian jenis motor..GSA adalah motor dwi fungsi sesuai dijalan raya maupun offroad manakala sport tourer lebih memberi keselesaan untuk  tonggangan dilebuhraya.  Untuk memujuk hati dibeli model yang akan direnung bila keinginan bertandang.


6 tahun telah berlalu.. 2009-2015. Sport tourer telah pun aku jual. Berkesempatan pula mencuba motor idaman. Untuk menilai persepsi yang digambarkan sebelum ini. Betulkah memang  berat dan sukar dikendalikan. Kali ini untuk menurunkan ketinggian, seat ditukar kepada yang jenis rendah. Pandangan dari atas motor dan ngauman bunyi enjin boxer....Pergh wa cakap luu. Sungguh mengkagumkan. Handling pula takda pun  sukarnya...Melalui lorong yang bertrafik perlahan boleh saja dikendalikan dengan mudah.. Terus jatuh cinta beb..

Sebelum ini telah mencuba pelbagai jenis motor. Untuk mencari motor yang betul betul bertepatan dengan selera memang  tersangat susah.



Kebanyakan  motor yang dicuba.. mesti ada yang  tak berkenan. Ada yang dari depan, belakang, maupun sisi.  Sport tourer aku dulu tu pun bukan pandangan semua  sudut aku suka..Paling tak suka pandangan dari belakang ..ermm ponggong jatuh..Sebuah motor yang  nyaris dibeli  pandangan segenap sudut dalam keadaan statik, aku tersangat suka. Nasib baik mencuba. Pandangan dari atas motor semasa menonggang adooi.., sungguh tak berkenan..terasa kecik dan tidak gah gitu..Ditambah pulak dengan bunyi enjin yang seolah stress bila dipulas throtle. Argh lemah semangat.




Hehe ingatkan dah tak mau  pakai motor jenama sama... Apa nak buat.. biarpun model lama dan terpakai .. cuma ini yang sedari dulu berkenan...Jom jom naik motor..


6 comments:

  1. Fuhh!!! Seruis lawa bike ni Tuan! :)

    ReplyDelete
  2. Memang lawa anif.. hehe tapi tak semua org menghargai dan suka bermotorsikal..frasa yang selalu dinukilkan adalah 1. Bukankah lebih baik beli kereta boleh naik ramai-ramai 2. beli motor mahal mahal pun bila hujan berteduh dibawah jambatan jg..

    ReplyDelete
  3. Kang....ini motor bawak slow pun tak malu, nak follow moto laju pun selamba jerr lagi. Jalan bandaran okay, jalan berdebu pun syiok. Lambang bulat tetap jadi pilihan ya? Agaknya lepas nie boleh try HD Glide pulak kot...hahahaa.

    ReplyDelete
  4. Dah cuba ride HD ABN... Pergh berat yang amat...Tak cukup kental untuk dijadikan tonggangan harian..hehe

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK