Selasa 31 julai..
Bila melihat peta, US memang sangat luas... Ikutkan hati mahu saja melawat semua tempat... Masa dan bajet jadi penghalang, jadi ikut kesempatan saja lah...
Pilihan lawatan kali ini adalah Detroit... Sering membaca Detroit ini ditonjolkan sebagai bandar automotive US dan dunia..Kilang Ford, GM, Crysler dan beberapa lagi ada disini...
Kebetulan pula dalam perjalanan boleh menyinggah University Toledo, university kenalan 30 tahun dahulu.
Sebagaimana bandar bandar kecil US, Toledo juga agak sepi... Berada dalam negeri Ohio bersempadanan dengan Michigan.
Disini terdapat kilang pemasangan kenderaan dibawah Chrsyler Group antaranya Jeep . Gmc .
Masjid Toledo yang kami kunjungi ini unik.. Rekabentuk bangunan tidak seperti kelaziman masjid .. Mungkin juga bekas gereja yang dibeli dijadikan masjid..
Disini terdapat sekolah yang pernah memenangi anugerah America's best high school 2016
Melewati kilang pemasangan kereta dibawah Chsryler Group..
Setengah jam pemanduan memasuki negeri Michigan..
Banyak info Michigan di berikan percuma disini.
Tipikal bandar kecil di US... Jalan dibandar lengang..Kawasan bandar yang tidak begitu luas itulah didirikan bangunan- bangunan sangat tinggi..kebiasaanya bila bangunan-bangunan rendah sudah semakin merebak dan tidak ekonomikal barulah didirikan bangunan tinggi tapi pemerhatian penulis di US ini tidak begitu.. Musykil bagaimana bandar yang digambarkan sebagai hub pemotoran dunia sunyi sebegini..
Ibupejabat grup pemotoran pengeluar kereta terbesar dunia GM juga disini. Antara jenama dibawah GM adalah Chevrolet.. Lincoln.. Dan beberapa nama yang hanya popular disini..
Memenuhi agenda lawatan berdasarkan carian internet... Lawatan sebenar lebih kepada ingin mengetahui sausana setempat..
Lawatan dibawah ini agak pelik... Hidelsberg Project..
Atas nama seni barangan buruk dipromosi sebagai kawasan tarikan pengunjung di kawasan perumahan yang agak terbiar..
Kunjungan berikutnya Campus Martius Park.. Dataran hijau di celah- celah bangunan tinggi.
Kerusi meja disediakan untuk bersantai
Gelanggang bola keranjang terbuka.. Sebagaimana di TV ramai black yang memenuhi gelanggang basket ball ini.. Tak lama disini terus beredar..
Sepanjang pemanduan mencari masjid kami dihidangkan dengan pemandangan kawasan perumahan yang agak terbiar. . Banyak rumah yang ditinggalkan .. Detroit seolah destroyed... Mungkin kesan ekonomi merudum yang pernah dialami dulu.
Senaraian masjid di internet banyak tapi bila dikunjungi ternyata tidak kelihatan seperti masjid atau mungkin rumah yang dijadikan masjid.. Sunyi sepi..
Berhasil menjejaki masjid Wali Muhamad tapi berkunci.. Selalunya hanya dibuka ketika waktu solat 5 waktu..
Kunjungan yang ini tidak tersilap.. Pusat Islam Detroit... Asalnya deretan premis perniagaan yang diubahsuai menempatkan masjid dan sekolah agama...
Tips mencari lokasi makanan halal adalah mencari masjid.. Ternyata benar.. Banyak restoran makanan halal di kawasan Pusat Islam Detroit..
Kiosk Taystees Burger yang kami kunjungi ini pernah memenangi kejuaraan burger tersedap Detroit 2016.
No comments:
Post a Comment