click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, August 4, 2018

UsCanada2018-D25 Chicago

Rabu 1 Ogos

Atas permintaan rakan-rakan, kami ambil kesempatan berkunjung ke University-university tempat mereka mengaji dulu.. Tempoh 30 tahun bukan tempoh waktu yang singkat. Sudah tentu kiriman foto foto akan mengimbau kenangan silam... 





Seakan biasa dengan nama-nama university hampir setiap tempat yang dikunjungi... Ramai rupanya kerajaan Malaysia menghantar pelajar ke US ini dulu..



Antara pemandangan kawasan penginapan pelajar-pelajar dulu..

Pemanduan di US sangat mudah.. Ikut saja arahan googlemap In sha Allah sampai ke destinasi. Hiway mereka luas...kebanyakannya tiada tol.. Cuma di lampu isyarat yang agak keliru.. Kebanyakannya tiada lampu isyarat untuk membelok... Kita kena tunggu berhenti ditengah jalan sehingga trafik selesai sebelum membelok... Kalau kenderaan banyak... Nayalah...

Bosan memandu kami keluar ke pekan kecil... Hiway disana tiada RSA tepi hiway seperti di tanahair . Jadi kita terpaksa keluar ke pekan pekan kecil.





Hajat untuk memetik buahan diladang tidak kesampaian.. Ladang hanya dibuka untuk orang awam pada Sabtu dan Ahad saja..Kita petik di gerai saja. 

Menghampiri Chicago... 





Disajikan dengan pemandangan tasik air tawar seluas lautan... Berombak dan berpasir... 

Dari kejauhan kelihatan bangunan pencakar langit Chicago... 







Sebagaimana bandar US lain.. Masalah disini adalah caj parking yang mahal.. 2 jam kunjungan caj lebih 35USD...Kalau di tukar ke matawang tanahair alamat memandu lalu saja lah.. Tapi kali ni tak boleh.. Terasa sangat lawa pemandangan Chicago ini.. 










The Halal Guys... 



Cuma pemandangan trek lrt ni mencacatkan pemandangan... Nasib baik besi bercat jika dibiarkan berkarat lagi hodoh pemandangan.. 


Kunjungan Chicago tidak lengkap jika tidak berkunjung ke Millennium Park








Bangunan tersergam indah bagai di poskad.. 







Musim panas ramai kanak-kanak bermandi manda disini.. 




Berbaloi berkunjung ke Chicago... Pemandangan bandar tercantik sepanjang lawatan kami... 

Tidak boleh lebih lama di Chicago, pemanduan ke Ohio ada 6 jam lagi.. 

Singgah solat di Maryam Mosque... Pertama kali merasai melalui mesin pengimbas  untuk bersolat..Pemeriksaan bagai memasuki pesawat.. 

Dimaklumkan jemaah jumaat juga perlu diimbas...Ermm jemaah tak ramai boleh la... 


Meneruskan perjalanan pulang... Kiri kanan hiway disajikan ladang ladang jagung... 

Di sini masih mengekalkan sistem old school... Jarak diikur dengan batu atau kaki, isipadu menggunakan gallon, berat masih guna unit pound. Terasa betul kekoknya.. 






Untuk kepuasan menonggang motor disinilah tempatnya.. Jalan cantik negara luas..Selagi berkudrat banyak tempat boleh dikunjungi.. Cuma yang tak best tonggangan kena ikut buku.. Kelajuan kena ikut hadlaju tertera.. Tak sesuai intuk motor sport. 

Setelah beberapa kali berehat jam 10.30 mlm kami tiba di Ohio...



No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK