Ketika ini buah-buahan sedang mula meranum... Musim panas tidak lama lagi bakal berlalu.. Ketika dalam perjalanan ke Chicago dari Detroit ingin menyinggah ladang tapi ladang hanya dibuka hujung minggu..
Jadi keesokan hari kami pergi ke Lynd Farm yang berjarak pemanduan setengah jam dari penginapan Columbus Ohio.
Pusat jualan produk keluaran ladang...
Kebanyakan petani mat salleh walaupun kebun mereka tidak luas, mereka mengeluarkan produk jenama mereka dan memasarkan sendiri
Penulis bayangkan sausana ladang seperti ladang anggur di Australia... Ladang seluas mata memandang.. Tapi disini kelihatannya kebun-kebun kecil selain berselerak..
Ingin merasai pengalaman memetik buah peach, kami ke kebun yang agak jauh dari lokasi singgahan pertama... Semua maklumat diperolehi dari internet..
Kebun tidak lah luas... Kebun epal pun ada tapi buah belum matang dan hanya boleh dipetik september nanti..
Sekotak besar ini dikenakan bayaran 10 usd... Makan sampai kenyang di kebun tidak dikira...
No comments:
Post a Comment