Buat sedikit tapi istiqamah tu jauh lebih baik dari hangat- hangat taik ayam. Semangat tak hingat dunia hanya dipermulaan tapi pancit dipertengahan jalan.
Hari ini 31hb Mei 2023 genap setahun barulah akses kebun disiapkan sepenuhnya setelah dibina sedikit demi sedikit. Kini Kenderaan 4wd boleh dipandu sehingga ke pondok.
Berbekalkan parang, chainsaw dan cangkul akses dibina secara sambilan bersama aktiviti kebun lain menumpang kebun jiran, mujur tanah sangat gembur..Membina akses mendaki puncak terpaksa mencari topografi sesuai supaya pendakian tidak terlalu curam yang sukar didaki terutamanya dimusim hujan..walaupun jarak kebun dan jalan utama tidak lebih 1 km..tetapi laluan kebun berlingkar- lingkar.. hampir tiga perempat akses menumpang laluan sediada, baki satu perempat yang dibina sendiri..
Mulanya dulu hanya membina akses kecil motorsikal atau berjalan kaki, namun untuk jangka masa panjang akses demikian tidak memadai . Mengharapkan akses melalui rizab jalan tak tau bila boleh direalisasikan. Menggunakan motor, pembonceng lebih banyak berjalan kaki kerana akses teruk selain tak banyak peralatan atau barangan yang boleh dibawa ke kebun.
Beginilah laluan sempit dicelah- celah pokok...pokok liar besar yang menghalang laluan, terpaksa dikorek sehingga akar ...Tebing -tebing cerun terpaksa dibina benteng penahan menggunakan bahan terpakai antaranya kotak polisterin yang diisi tanah...Ini yang mengambil masa lama untuk disiapkan.
Apabila laluan telah siap banyaklah barangan boleh dibawa ke kebun. Mengangkut bahan binaan lain akan lebih mudah...boleh ditambahbaik kemudahan dikebun ..membina pagar, tandas, stor dll
Dulu terpaksa menarik mengunakan kereta sorong atau memikul. Masa dan tenaga banyak terbuang begitu saja. Kenangan manis bila mengingati sejarah silam.
Tiub motor yang banyak manfaat kepada pekebun...Apabila ke kebun lebih senang, masa yang dijimatkan boleh dimanfaatkan membuat kerja lain seperti membersih kebun dll
Baki akses terakhir yang disiapkan.
Pembantu setia, kepenatan menyiapkan akses. Walaupun tanpa kipas, suasana atas bukit begitu nyaman..syok untuk tidur sehingga mendengkur
Menara telco dikebun jiran diperingkat akhir penyiapan...Apabila tenaga letrik disambungkan sehingga ke menara...keperluan letrik ke kebun turut boleh mohon...hanya memerlukan beberapa tiang saja untuk sampai ke kebun.
Kenderaan akhirnya tiba juga ke pondok kebun..Momen ini yang sangat dinantikan..Successs...
Alhamdulillah insya Allah jalannya nanti jadi cantik dan mudah sampai ke kebun. Jenuh juga tu nak buat jalan masuk ke kebun. Tapi cantik lah pondoknya. Bestnya
ReplyDeleteHehe pondok ni pun hampir 9 bulan juga disiapkan...mengangkut bumbung genting dari bawah ke kebun dgn kereta sorong...
Delete