click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, May 21, 2023

Ubu Kayu...



Berkebun ni pelik, bila datang malas nak mengerling kebun pun malas tambah lagi dengan cuaca yang panas berdenting. Namun kelebihan berkebun, biar pun ada ketika malas  bertandang, pokok dikebun terus hidup walaupun tak secantik pokok yang  dibelai.

Jadi semasa  semangat datang, manfaatkan waktu, tanam lah pokok sebanyak mungkin, bersihkan kebun yang dah terlebih semak. Tabur baja taik ayam  lebih kurang..Lepas tanam.., tinggal.

Minggu ini semangat datang.. tak menang tangan nak tanam itu, tanam ini...kebetulan pulak hujan pagi huh seronok bercangkul membuat batas dalam hujan ..tanah pun lembut.

Cuba pulihkan pokok pisang yang sakit, tinggikan tanah keliling pokok..mana yang takda harapan hidup akan diganti dengan nenas. 

Pokok ubi empuk dah tanam 5 pokok, ganti pokok ubi putih yang dah terlebih banyak tanam., banyak yang dah matang..sampai tumbang pokok lama tak cabut... pindahkan lagi anak pisang pisang serendah yang sangat senang dijaga  4 pokok...penulis suka pisang ini, buah mengkal enak dimakan, terlebih ranum buat cekodok,  buah muda  sedap dibuat gulai kari.



Ubi putih yang di tanam dan tinggal..sepokok saja dapat lebih 2 kilo...kat kebun banyak lagi...Bukannya susah nak senang...

Apa lagi..jomlah berkebun..


2 comments:

  1. Bahagianya orang ada tanah.
    Boleh tanam apa yang disukai.
    Kami tak ada tanah.
    Teringin pula bercucuk tanam hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saja bercucuk tanam dikwsn rmh..tanam dlm pasu...perkongsian utube nenas memberi hasil yg sgt cantik wpun ditanam dalam pasu..

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK