Mileage Kembara terkini 120ribu km. Tak pastilah betul atau tak...Kalau ikutkan tahun dibuat 1998 macam tak logik..tapi tak kesahlah, selagi masih berkhidmat dengan baik, biar setinggi manapun mileage, itu sekadar angka...
Adat kenderaan tua, pasti akan ada kekurangan, jika kerap diguna selalunya akan kurang memberi masalah.. tidak sebagaimana tanggapan, kenderan yang jarang digunakan akan lebih memberi prestasi lebih baik. Sama juga dengan manusia, jika asyik bermalas- malasan, akan lebih cepat memberi mudharat kepada tubuh badan.
Hari Rabu adalah hari kebun, baru teringat, Kembara perlu dihantar servis dan dibuat pemeriksaan...lampu aladin menyala, cermin tingkap jem dan kunci pintu sebelah pemandu pun sama..jem.
Bila ada lampu indikator menyala memang tak selesa membawanya, jadi sejak balik kebun minggu lepas Kembara hanya di parkir di garaj.
Bila diperiksa memang betul terdapat kekurangan minyak enjin kerana ada kebocoran yang agak serius. Huh mujur tak terus kering.
No comments:
Post a Comment