Alhamdulillah jumpa...Selamat RM150. Dah selongkar sana sini, rupanya ada dipoket beg sandang. Lesen memandu antarabangsa untuk tempoh setahun masih sah sehingga bulan 2 tahun 2024. Dulu buat lesen untuk memandu di eropah, tapi di sana mereka tak tengok, cukup sekadar tunjukan lesen memandu Malaysia. Di Jepun tak pasti. Kita hanya bersedia.
Keluarkan semula jaket winter, sebelum ini ingatkan taknak bawa sebab bulan Nov baru awal winter, tapi laporan terkini cuaca Jepun, sesetengah kawasan Tokyo telah pun turun salji..sarong tangan kena cari semula, begitu juga sarong kepala. Bila suhu sangat dingin rasa mencucuk bahagian kuping telinga, hidung dan hujung-hujung jari.. sakit seperti tertusuk jarum peniti..
Salah satu destinasi lain suhu mencecah bawah 0 darjah...yang menjadikan lebih sejuk bila berangin...Di Iceland dulu ada ketika suhu sehingga -26 deg. Fuh sejuk giler..
Kita negara Khatulistiwa sangat bersyukur sebab cuaca kita seimbang sepanjang tahun...bila teringin merasai musim sejuk boleh pergi ke negara 4 musim..sesekali pergi oklah teruja..jika sepanjang tahun mengadapi perkara yang sama, penduduk tempatan sendiri ramai yang tak selesa menghadapi cuaca ekstrim begini.
Taktaulah bagaimana tidur di campervan nanti, ini pengalaman pertama. Tak tahan juga kena cari bilik hotel nampaknya...huhu
Selamat bermusafir ke negara Matahari terbit wak. Saya suka musim bunga dan autumn di negara 4 musim. Musim sejuk tak tahan
ReplyDeleteT.kasih..musim sejuk elok meronda diawal atau akhir musim..sesetengah tempat masih boleh merasai salji..suasana yang tiada dinegara tropika. Ketika ini juga cuaca tidak begitu sejuk manakala waktu siang juga tidak lagi singkat..udara nyaman..
ReplyDelete