Inilah dilema membaja, harapan tak sama dengan hasil. Ada yang cakap baja organik lebih mesra pokok, kuantiti berlebihan tidak menyebabkan pokok panas.
Lemon berusia lebih 3 tahun yang ditanam semasa PKP masih belum berbuah, teruja menabur baja supaya bertambah subur, rupanya setelah ditabur baja kopi, daun pokok lemon mengering dan keguguran, sekarang dah botak, potensi untuk mati sangat cerah.
Nak kata tabur baja banyak, rasanya cuma 3 jemput hujung jari. Dah cuak dengan nasib pokok-pokok yang ditabur baja sama di kebun bukit. Harapnya kematian ini disebabkan kesilapan menabur baja dipangkal pokok sebab pokok lemon dikelilingi lantai batu bata, tapi pokok dikebun ditabur di luar kanopi daun.
Atau mungkinkah pokok spesis limau lebih sensitif dengan baja..Dua lagi pokok ciku dan durian belanda nampaknya ok walaupun ditanam dengan kondisi sama.
Dulu pokok limau kasturi pun menerima nasib sama ditabur dengan baja organik taik ayam proses, pokok yang sedang berbuah terus menguning dan matii...
Dibaja salah, tak dibaja pun salah..huhu
No comments:
Post a Comment