Kita bukan kerja ofis, setokin ni hanya perlu ketika pergi ke kebun atau berjogging.. bukannya tiada, ada berbakul, cuma semua tiada pasangan lengkap, kebanyakan sebelah lain.
Isunya bila beli baru, yang lama tetap tersimpan, dan yang lama itulah paling selesa dipakai. Bukan setokin saja, pakaian lain pun begitu. Makin laa bertambah pakaian buruk dan lebih hairan pakaian-pakaian lama ni yang lebih mudah dijumpai di tempat simpanan pakaian berbanding pakaian baru..Yang baru ni kekadang setelah sekian lama baru terjumpa, itupun secara tak sengaja. Sudahnya pakaian lama juga yang diulang pakai..
Bila meronda jauh, waktu sesuai membeli kelengkapan baru seperti setokin atau tshirt. Sekarang setokin pun dah macam pakai buang, harga sepasang Rm2.40.
Sesudah balik meronda nanti kitaran sama berulang, tetap tak boleh dapat pasangan seragam... Biarpun berlainan pasangan bila dipakai tetap selesa, walaupun kekadang warna berbeza. Arghh janji pakai...
No comments:
Post a Comment