4hb Feb 2013. Selesai lawatan Bangkok Motorbike Festival .
Selesai urusan checkout bilik yang disewa semata-mata untuk mengumpulkan kesemua beg/barangan rider , kami bergerak ke Pataya. Olehkerana jarak Bangkok dan Pataya sekitar 150km, kami bergerak sebelah petang.
Berpandukan GPS, kami keluar dari Bangkok bersama grup Laos dan singgah sebentar di Kedai motorsikal Red Barron dalam perjalanan sebelum simpang ke haluan Laos dan Cambodia. Disini kami berpecah.
Menuruti sangat panduan GPS, grup kami tertuju ke lebuhraya bertol dan ditahan pengawal keselamatan disana. Pengalaman rakan bikers, ramai yang terpaksa bayar duit kopi untuk kesalahan itu, namun tidak bagi kami. Pegawai yang sukakan duit kopi cuti kot..haha...Exit ditemui 13km sesudah itu dan perjalanan selanjutnya mengikuti jalan biasa merentasi pusat-pusat bandar yang sesak. Tiba di Pataya telah malam.
Argh Mat Salleh pun ramai pembelit juga. Dulu insiden sama terjadi pada aku dan rakan sewaktu berkunjung ke Koh Samui. Tempahan online 2 bilik apartmen, bila tiba hanya dapat satu bilik. terpaksa bertekak sebelum diganti dengan penginapan baru yang berasingan.
Penginapan kami berdekatan dengan masjid ini. Azan subuh jelas kedengaran. Kunjungan ke Thai, samada timur, barat utara apatah lagi selatan masjid dan makanan halal mudah ditemui.
Kesedaran agama di Thai juga semakin marak. Walaupun dikelilingi dengan pelbagai premis pesta dan hiburan., masjid disini terdapat sinar agama. Tadika mengajar anak-anak kecil mengenali agama mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat
Adik komando yang manis...
Di Pataya untuk bergerak dengan mudah sewa saja motorsikal. Bayaran 250B sehari. selagi larat rondalah Pataya.
Kami bermalam di Pataya selama dua malam. Siang hari meronda seluruh Pataya. Bagi yang larat rondaan dilanjutkan ke malam hari juga. Tengok kupu-kupu malam....hehe no good haa...
Sebagaimana kawasan percutian lain, spt Phuket, Koh Samui dsb.. ramai mat-mat saleh berkunjung disini. Siang bersidai tepi pantai , malam bersidai dalam pub.
Ini kalau Tsunami datang..pergh ...Nauzubillah...
Industri kurang bermoral berkembang biak di Thai...boleh dikatakan hampir semua tempat yang kami pergi, bapak ayam dan agen berada dimana-mana. " lady sir..."...sambil menunjuk pamplet..Bila balik aku belek-belek muka kat cermin ish-ish muka ayam ker aku ni...haha...
Dugung-dugung putih banyak terdampar di pantai ini...
Penat menyusuri pantai, boleh jamu mata di pusat beli belah...Dapat belek harga saja..harga kalau jauh lebih murah dari negara sendiri, boleh lah beli mana-mana yang berkenan..erm lebih kurang sama saja hatta lebih mahal pun banyak...
Cukuplah di Pataya 1hari 2 malam. Esok kami akan ke Koh Kong, pekan sepadan sebelah Cambodia...
Kang...menembak kat Pattaya pun best..tak dapat kat malaysia..hahaha
ReplyDelete