2hb Febuari 2013, Sabtu.
Malam pertama bermalam di resort di Tammot yang berjarak lebihkurang 90km dari Hat Yai dan 30km lagi ke Patthalung. Caj semalaman adalah 600B sebilik dikongsi 2 rider.
Kebetulan di Kota Bangkok terdapat pameran motorsikal jadi majoriti peserta bersetuju untuk kesana.
Inilah sahabat bilik wa..Pak Usop ha ha..Sojar pencen lahir pada 1955 yang kini menjadi kontraktor panel pindah memindah bank CIMB.
Sekali pandang dengan pelbagai stiker BMW saling tak tumpah macam BMW... tenung lama baru perasan SYM rupanya...Menyedari kudrat yang semakin menurun seiring usia semakin meningkat, GTR 1400 lama miliknya telah diganti dengan skuter SYM400....'You see no tired you know...! ' ha ha
XPDC hari kedua akan menempuh jarak perjalanan yang panjang, melebihi 900km untuk tiba ke Bangkok. Namun laluan di Sebatang Kra yang tidak banyak bersimpang, perjalanan tidak akan mudah tersesat sekiranya rider menuruti papantanda jalanraya. Keadaan hanya akan lebih mencabar bila menghampiri Kota Bangkok.
. Jangan disangka motor choper Kawasaki VN900 ini tertinggal ok., beliau sentiasa di grup hadapan. Aku pun hairan bagaimana Hj Nik yang juga telah pencen boleh menonggang motor pada kelajuan melebihi 140km/jam tanpa alat penghadang angin dimotornya. Ditambah dengan posisi menonggang yang sentiasa mendada, aku yakin beliau penat menonggang. Melihat keletihan terpancar diwajahnya mengiyakan andaian aku...
Cuma kekadang bila terdapat rider yang menunggang terlebih laju...masa yang diperlukan untuk berkumpul semula dengan grup santai mengambil masa yang lama. Beberapa kali terpisah sesama rider, namun dapat berkumpul semula sepanjang laluan tersebut.
Sebahagian rider menggunakan GPS..,kemungkinan berpisah tetap ada. Walaupun rider menetapkan titik pertemuan di lokasi 'sama' tapi koordinat yang berbeza akan membawa rider ke haluan masing-masing. He he semasa di Prachuap Khirikhan dua rider yang menonggang laju terpaksa lama menunggu dan berpatah balik ke lokasi dipersetujui bersama kerana mereka menetapkan lokasi masjid berbeza koordinat dengan group yang lain. Sebab itu sebaiknya jenis dan juga setting GPS mesti dilakukan bersama. jika tidak inilah jadinya.
Aku katakan, memang kebanyakkan rider adalah degil dan tidak serik mengulangi kesilapan yang sama. Padahal pengalaman-pengalaman lepas telah mengajar bahawa amat tidak berbaloi bergerak diwaktu malam...
Ikuti pengalaman bermotor yang pernah aku lalui bila bergerak diwaktu malam...
XPDC SEGITIGA EMAS 2010
XPDC 1Malaya 2010 bersama X9
XPDC VESPA KLASIK LAOS/CAMBODIA 2011
XPDC Sumatera 2011
Sebab itu aku sangat tidak bersetuju untuk bergerak diwaktu malam..Biarlah orang kutuk aku sebagai kaki tidur ke apa...namun bila suara majoriti menginginkannya, pihak minoriti terpaksa akur...
Diari hari pertama xpdc cambodia boleh diikuti XPDC CAMBODIA DAY 1
bergerak waktu malam lebih berisiko. Badan dah penat, pandangan pun terhad..betul kan kang?
ReplyDeletetersangat betul...
ReplyDeleteKeputusan masok bandar Bangkok selepas pukul 10 mlm adalah utk mengelak dari terperangkap jam yg teruk, awal2 dah dibagitahu. rupanya kamu tak paham2, sbb apa msk Bagkok waktu malam.
ReplyDeletehaha sdr..sekadar pandangan peribadilah yea, sekadar berkongsi pengalaman,mungkin bermanfaat kpd grup lain...jika kesesakan alasannya adalah lebih elok bergerak di awal pagi..malam gunakan untuk rehatkan badan..adakah semasa menuju Bangkok malam tu jalan clear dan lancar...? Sesak menonggang motor tidaklah sesengsara sesak berkereta.. langsung tidak boleh mencelah.. bukan kah bergerak diwaktu malam sukar mengenali sesama rider... bila rider mencelah diantara kenderaan akan hilang dari pandangan, walaupun memasang hazard,...dan dibuktikan malam itu rider terpisah...ini yang sy cuba sampaikan lebih elok bergerak diwaktu siang...
Delete