7hb Feb 2013, Khamis, Pnom Penh....Mengunjungi Pnom Penh tidak sah jika tidak melawat Muzium Genocide Tuol Sleng dan The Killing Field. . Kali kedua Aku ke Pnom Penh, ke tempat sama kami dibawa.. Kali ini dibantu jurupandu kami Pn Fazilah , suami dan Sdr Rudy...Walaupun kejam kebaikannya pun ada.., sejarah kekejaman Rejim Pol Pot berjaya menjana ekonomi Cambodia. Selain Angkor Wat di Siem Reap, dua tarikan sejarah diatas berjaya menggamit pengunjung serata dunia mengunjunginya. Sekiranya sejarah itu tidak terjadi, barangkali Pnom Penh hambar untuk dikunjungi..
Mangsa yang dibunuh adalah dikalangan cerdik pandai dan keluarga. . Dikhuatiri mereka ini akan menjadi penggerak kebangkitan rakyat...
Lubang kesan peluru menembusi tengkorak...
Yea-yea gelak sahabat aku Brader Ikhwan...hati-hati ada yang merenung kat belakang tu...tak pasal-pasal ada yang mengikut balik ....berani dalam takut...jangan nanti ada yang tarik tilam dan bantal ke bilik kawan untuk tumpang tidur...haha
Pendekar Mastor dan Sdr Rudy...
Selesai lawatan muzium kami di bawa ke The Killing Field terletak 15km dari pusat bandar...Merasai kemanisan air tebu dalam perjalanan ke sana...
Bayaran masuk The Killing Field adalah 3USD...
Brader Khalid dan Ruslan...
Kawah merupakan bekas kubur besar yang digali semula untuk mengeluarkan rangka mangsa...
Ini bukan kubur besar tapi kolam yang digali oleh kerajaan sekarang untuk mengelakkan banjir dikawasan lawatan...
Rangka-rangka yang timbul akibat banjir dahulu dikutip dan dikumpulkan didalam tabung kaca ini...
Amin Gud-gud dan Tun Peace...
Membeli cenderahati di gerai yang disediakan. Pemilik adalah muslim. Mentang-mentang ayu, ramai yang meminta menggayakan selendang yang akan dibeli...Sempat wa bertanya...Alamak melepas..dah kahwinlah bebb...semoga tudung kekal membaluti kepala anak pemilik gerai ini...
Selesai lawatan The Killing Field, malam itu kami akan menjamu selera di rumah jurupandu kami Sdr Aziz dan isteri Fazilah...Sambil itu melalui perkarangan istana raja...
Sewaktu kami di Pnom Penh rakyat Cambodia sedang berkabung atas kematian raja mereka Norodom Sihanouk..Sewaktu kami di sana upacara pembakaran mayat raja sedang dijalankan. Saban hari TV bersiaran secara langsung menyiarkan upacara tersebut dan pertabalan pewaris takhta . Gambar diatas
rakyat kebanyakan membanjiri perkarangan replika rumah pembakaran sesudah upacara pembakaran itu
Kami di perkarangan Kompleks Istana Raja...
Sepanjang kami di Thai dan Cambodia, memanjang kami pekena Tom Yam dan makanan ala-ala sup..sampai naik mual tekak untuk menelan..bila dihidangkan ayam goreng berempah , ikan masak kari berserta ulam-ulaman..pergh memang tak pandang kiri kanan...tambah-tambah..hehe...
Mendengar sendiri pengalaman bapa Sdr aziz semasa regim Pol Pot.. Walaupun berpelajaran dan menjadi peniaga emas, terpaksa berpura-pura tidak reti membaca untuk menyelamatkan nyawa...Beliau dan penduduk kampong yang tidak sempat melarikan diri dikerah menjadi buruh paksa.. Setin susu beras dimasak untuk dikongsi seramai 60 orang...!
Lawatan menginsafkan aku dan sahabat yang lain barangkali...keamanan negara sesungguhnya tiada ternilai dan jangan biarkan keharmonian negara tergugat oleh orang yang gila kuasa...
Kembara hari ke 6 boleh lagi di baca di sini Kembara Cambodia: Koh Kong -Pnom Penh
No comments:
Post a Comment