Kasihan melihat ayam betina ini. Dia mengeramkan telur plastik. Dengan kawasan yang sempit tak tau macamana nak asingkan ayam yang mengeram dan ayam yang ingin bertelur. Walaupun 3 sangkar bertelur disediakan mereka tetap berebut tempat untuk bertelur. Akibatnya telur ayam sering pecah. Sejak dari itu telur ayam dikutip setiap hari.
Ayam yang telah selesai kitaran bertelur akan memasuki fasa mengeram. Kerana telur ori telah dikutip, didapati ayam tetap mengeramkan telur walaupun telur plastik.
Telur plastik ni sengaja diletakkan disangkar sebagai umpan untuk ayam bertelur disitu kerana telur ori telah dikutip.
Ada petua kata ayam perlu dimandikan untuk menghilangkan keinginan untuk mengeram...
Telah dicuba tapi nampaknya ayam tetap mengeram disangkar. Mungkin perlu dimandikan dengan lebih kerap untuk menghilangkan keinginan itu..huhu.
Ermm sementara menunggu telur yang dieram menggunakan inkubator menetas, 12 ekor anak ayam dibeli lagi..
Belajar dari pengalaman terdahulu, dedak ayam dan air diletakkan dalam bekas plastik begini. Jika tidak, abis dedak terbuang sebab dikais.
Ayam pkpb ini dijangka boleh dituai untuk awal tahun baru 2021.
Sedih pulak sata baca ibu ayam eram telur plastik. Naluri keibuannya cukup tebal. Apa kata di antara telur plastik tu, bubuh sebiji telur ori, tidaklah nanti ibu ayam kecewa dan terus mengeram entah sampai bila. Sejuk ibu ayam tu asyik dimandikan.... ahaks!
ReplyDeleteSebelum ni dah letak tp bila ayam lain turut bertelur disitu, jadi keliru mana telur baru mana telur lama..xper skrg sy dah tanda sebiji untuk ibu ayam eramkan..mana yang x bertanda akan dikutip.tkasih atas cdgn...
Delete