Lot-lot tapak rumah perlu dibersihkan dari semak samun jika tidak ingin disaman pihak PBT...Tindakan saman ini pada pandangan penulis agak tidak wajar. Sepatutnya lot lot kosong ini dijadikan kawasan hijau cuma pemilik perlu menjaga tanah tidak menjadi semak samun dan pohon- pohon dipastikan tidak membahayakan penduduk setempat.
Agak terkilan bila kawasan redup bertukar berbahang tapi apakan daya PBT sekadar menjalankan tugas mengikut peruntukan undang undang sediada. Undang-undang ini yang perlu dikaji semula. Dalam keadaan kawasan hijau semakin kurang, tanah lot kosong seeloknya digazetkan sebagai kawasan hijau dengan syarat-syarat tertentu sehinggalah rumah dibina.
Harini seekor burung merbuk menjadi mangsa pelekat perangkap tikus. Sebelum ini seekor burung tak dikenali menjadi korban perangkap lalat.
Tikus-tikus yang dijerat, lain pula yang terkena. Tidak sebagaimana tikus yang dibiarkan saja menunggu ajal, rasa tidak tergamak membiarkan burung menunggu masa beberapa hari untuk mati, penulis mengambil keputusan menyembelihnya...Memang tidak boleh diselamatkan jika telah melekat di perangkap bergetah. Jika dibebaskan sekalipun burung tidak mampu untuk hidup kerana seluruh bulu dilekati getah, seluruh badan melekat hanya mata yang terkebil-kebil.
Maafkan ku wahai si burung...
jangan pasang getah tikus di tempat yang lapang.
ReplyDeletePerangkap diletakkan dalm rmh wak..kebetulan pintu terbuka ntah mcmana burung tersesat masuk rmh.
Delete