click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, October 21, 2020

Gergaji Mini lagi...

Hidup ini penuh dengan tipu daya. Jika  tidak tabah dan redha maka hidup bakal ditempuh dengan kecelaruan.

Untuk sekian kali membeli barang diatas talian, ini julung kali penulis tertipu...sudah berbulan barang dipesan dan dibayar namun  barang yang dibeli tidak kunjung tiba ..selalunya paling kurang 2 minggu barang akan sampai...Pertanyaan langsung tidak dijawab.

Scammer memang wujud, mengambil kesempatan diatas kepercayaan yang diberikan kepada mereka.

Semasa memesan dan membayar dulu memang telah disematkan dihati akan menerima sebarang kemungkinan. Persediaan begini amat perlu untuk kita tidak terlalu menyesal diatas keputusan yang telah diambil. Anggap saja duit yang telah dibayar bukan rezeki kita.

Penulis tidak serik untuk membeli lagi secara atas talian. Selagi gergaji mini yang sangat diminati belum diperoleh terasa belum puas.


Belian kali ini tanpa jenama berharga Rm177 namun melihat kepada ciri-ciri dan kualiti komponen yang dijanjikan, iayanya sangat megujakan., sangat membantu untuk mencantas dahan-dahan pohon tinggi.

Berbanding belian terdahulu, bayar dulu baru belian diproses, kaedah pembayaran kali ini duit hanya bertukar tangan sesudah barang diterima. Ini lebih meyakinkan dan selamat. , tambahan lagi barangan boleh dipulangkan apabila barangan yang sampai tidak sebagaimana diharapkan. 


2 comments:

  1. Memang kena berhati-hati kalau berurusan jual beli online. Bula Ogos lepas saya beli online 3 helai baju dan 3 helai seluar sama saiz lain warna. Bila sampai lain-lain saiz, lepas tu ada bau semacam. Bila tengok made in Bangladesh. Satu helai baju dan sehelai seluar saja boleh pakai. Yang selebihnya macam saiz untuk gajah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah norma baru...musim pkp beli brg ats talian...nasib baik ok..nasib x baik naya...sy pun pernah order food prosessor manual...bila diterima kotak besar mcm brg mainan...terus pulangkan semula..mujur brg sampai baru byr dan ada terma jika tidak berpuashati brg boleh dikembalikan..

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK