Kedengaran bunyi chip.. chip..chip..ingatkan anak ayam yang baru dibeli terlepas dari reban, rupanya telur di inkubator yang diletakkan di beranda rumah mula menetas...dalam 21 hari selepas dieramkan
Mujur terdapat lampu gantung lebihan untuk dimanfaatkan sebagai lampu ayam. Anak ayam baru menetas memerlukan persekitaran yang hangat.
Ada 7 biji lagi yang belum menetas...rasanya akan ada yang tak menjadi kerana sudah ada yang bau tembelang.
Inkubator ini bermasalah sedikit..bekalan api tetiba terputus sendiri..tak pasti samada ini adalah ciri ciri keselamatan inkubator untuk mengelakkan terlebih panas. Mujur perasan ., Tak pasti berapa lama bekalan elektrik terputus. Sudah 2 kali bekalan api terputus...atas sebab itu barangkali ada telur yang menjadi tembelang.
Seekor anak ayam keadaannya sangat lemah. Anak ayam ini tergantung dicelah-celah roller inkubator.
Ini kelemahan rekabentuk inkubator yang mempunyai roller..Anak-anak ayam yang baru menetas menghadapi kesukaran untuk mengimbangi diri bertenggek di roller. Anak ayam yang lemah tidak mampu berbuat demikian.
Harini setelah telur ditandakan, penulis mengambil keputusan mengembalikan semula baki telur ayam untuk menetas bersama ibu ayam yang masih begitu gigih mengeram..Diharap akan terubat naluri keibuan ketika melihat satu persatu telur menetas ...
Semoga menjadi ternakannya.
ReplyDeleteIn sha Allah wak..
DeleteAlhamdulillah. Usaha membawa jaya. Seronok ikuti perkembangan aktiviti Kang Latep. Moga-moga ayam yang makan jambu ada rasa jambunya nanti. Saya pernah tonton tentang seorang penternak ayam beri makan laici pada ayam, tapi tak ingat di negara mana (orang putih) dan setelah ayam dimasak, ada bau laici heheee...
ReplyDeleteHehe...ayam perisa jambu..
DeleteSatu lagi Kang, tentu ibu ayam itu gembira dapat eram telurnya kembali, dan berganda gembiranya kalau telur yang eram itu nanti menetas. Kirim salam sama ibuayam itu, katakan padanya: Selamat mengeram!
ReplyDeleteOk..ayam angguk anguk dah tu..org jauh kirim salam.kih kih..
DeleteKalau masuk telur incubator dalam seminggu boleh check menjadi atau tidak. Di tempat gelap nyala kan lampu torchlight bawah telur, kalau ada saraf2 merah menjadi, kalau kosong je takde apa2 kemungkinan tak menjadi.
ReplyDelete