click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, November 5, 2023

Jom Jepun-Sengokuhara Pampas Grass Field

Hari pertama bercaravan masih kekok memandu, tambahan lagi jalan taman sangat kecil. Caravan sebesar lori ais, posisi stereng dan cara pemanduan jauh berbeza dengan mpv. 







Terpaksa park jauh dari homestay dan mengheret beg ke caravan.

 



Bersedia untuk mengembara..Caravan boleh memuatkan 6 orang..


Budaya berMotorhome masih sangat baru di Jepun, sebab itu rekabentuk belum begitu menarik berbanding eropah., di sini tipikal lori ais. Melihat kepada sambutan, dijangka rekabentuk motorhome  akan turut berevolusi.

Tokyo-Sengokuhara melalui lebuhraya bertol, serius tak sangka hiway di sini hanya dua lorong dan jem, meleset dari sangkaan negara maju mesti memiliki hiway lebar ..Hentian RnR juga sangat simple, kebetulan sebelum ke Jepun memandu di Thailand, di sini segenap ceruk hiwaynya lebar tanpa tol. Barangkali warga Jepun lebih mengutamakan pengangkutan awam.
 



Keluar hiway memasuki laluan  tanah tinggi..jalan berliku kecil dan sempit, bersimpang terpaksa salah seorang mengalah memberikan laluan. Ini yang leceh memandu menggunakan peta google, entah mana- mana dibawa demi menyelamatkan seminit dua tempoh perjalanan.

Dalam pukul 2 tiba di Sengakuhara...







Tarikan utama Sangukuhara...Rumput berbunga seakan lalang..Berpusu pusu pengunjung datang ke sini..

Solat, berfoto sebelum menyambung perjalanan ke Oto shizuoka. Tak boleh bertangguh sebab 4.30ptg  telah masuk magrib..tidak selesa memandu di malam hari..

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK